Monday, October 6, 2008

Warkah Buat Aisyah

Warkah buat Aisyah....

Salam kasih sayang daripada adikmu....
Kehadapan kakak Aisyah yang disayangi sentiasa.Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan daripada Allah s.w.t. walau dimana kakak berada dan di dalam situasi apapun kakak. Ingatlah bahawa kenangan dan cabaran yang kita harungi bersama-sama akan kekal segar dalam ingatan. Pelukan dan genggaman tangan tanda kasih dan sayang kakak masih melekat dalam hati. Kakak Aisyah....semoga cepat sembuh dan kembali berjuang bersama-sama kami. Tak cukup dan tak lengkap rasanya tanpa kakak. Kuatkan semangat dan tabahkan hati.Jangan takut kerana Allah bersama-sama kakak, begitu juga kami.Sentiasa mendoakan kakak walaupun kami tidak mampu untuk sentiasa berada di samping kakak. Kakak Aisyah, semoga cepat sembuh.....solehah rindukan nasihat kakak dan pujukan kakak.Cepat sembuh untuk menyapa senyum dan perangai nakal kami.
Semoga cepat sembuh supaya kita dapat sama-sama berjuang....."Senyum mujahidah menuju syahid" kakak jangan lupa.Ingat sampai bila-bila.Kakak Aisyah, kami menunggu kakak......InsyaAllah kakak akan sembuh........

Sekian, wassalam.

"Cinta dan kasih daripada kami untuk kakak buat selamanya"

p/s :Kepada semua yang mengenali Siti Aisyah Bakri,marilah sama-sama mendoakannya agar cepat sihat.(Aisyah mengalami kemalangan jalanraya semasa pulang dari Tawau ke UMS dan kini berada di Hospital QE.)

Tarikh post ditulis : 5 Oktober 2008 ( Ahad ) - 11:18 malam, UMS
Penulis : Nur Hidayah Mat Ariffin
Sumber : hidayatuddin.blogspot.com

0 comments: