Monday, October 6, 2008

kenangan terakhir yang memberi iktibar

Bismillahirrahmanirrahim...

Ana agak terkejut setelah berita kemalangan sahabat ana terima petang pada syawal ke 5 yang kini sedang berada di HQE. Dengan segera ana bersama sahabat yang sedang beraya di rumah dan ibu saya berkejar ke HQE. Pada mulanya kami tidak menjumpai Aisyah dan mencari semua pesakit perempuan di Wad Perempuan tersebut namun ayahnya menjumpai kami dan menunjukkan Aisyah yang kini sedang berehat dengan tenang di katil paling depan. Ana dan Ros agak terkejut melihat keadaan diri Aisyah yang agak berbeza dari wajahnya yang sebenar akibat pembengkakkan kepala semasa kemalangan, hati ini terasa sayu dan sedih melihat penderitaannya. Kemudian, ayahnya menceritakan keadaan Aisyah mengenai keputusan scan sebelum itu menunjukkan tiada sebarang kecedaraan dalaman. Ana terus bertegur sapa dengan Aisyah namun dia tidak mampu berkata dengan jelas kerana sakit pada tekaknya, jadi ana suruh dia diam dan rehat sahaja terlebih dahulu.
Beberapa minit selepas itu tiba sahabat-sahabat perjuangan menziarahi Aisyah dan suasana pilu dan sedih pun berlangsung. Aisyah yang tadi kelihatan tenang mula menunjukkan respon kesedihan dan kegembiraan menemui sahabat-sahabatnya yang tersayang. Kami agak pelik apabila Aisyah meminta handsetnya dan mikrofon dari kami secara tiba-tiba dan kami memberitahunya tiada...Ana berasa pelik dan tidak memahami mengapa dia meminta 2 objek tersebut. Ana diamkan saja.
Tidak berapa lama kemudian, 2 orang akak seperjuangan tiba HQE. Setelah mendapat sedikit penjelasan dari bapa Aisyah, salah seorang akak tersebut menemui ana dan bertanyakan penutup kepala untuk Aisyah agar auratnya sedikit terjaga walaupun dia tidak sihat. Kami segera balik ke rumah seketika untuk solat maghrib dan mengambil tudung untuk menutup sedikit kapala Aisyah, namun setibanya kami menemui Aisyah kembali dan meminta kebenaran ayanya untuk memakaikan sedikit penutup kepala nipis, ayahnya tidak mengizinkan kerana khuatir melihat Aisyah yang kelihatan agak kepanasan dan berpeluh-peluh. Kemudian, ana lihat Aisyah sedang menjalani rawatan doktor untuk mengeluarkan kahak, keadaannya agak mencemaskan dan kami hanya mampu berdoa agar Aisyah dapat sembuh dengan cepat.
Seorang jururawat menyuruh kami agar keluar dari wad agar tidak terlalu sesak, namun hati amat berat hendak keluar seolah-olah tidak puas hati dengan apa yang dilihat. Ibunya yang kelihatan amat sedih meminta agar kami mendoakan semoga Aisyah cepat sembuh dan kami hanya mampu menyatakan insya Allah lalu ana balik ke rumah manakala ibu menghantar beberapa sahabat ke UMS.
Setelah menerima mesej pemergian Allahyarhamah Aisyah pagi Subuh, ana bagaikan tidak percaya kerana baru semalam berjumpa dengannya namun menyedari siapa diri ini hendak menentukan keselamatan Aisyah, terpaksa redha dengan pemergiannya, ALLAH LEBIH MENYAYANGIMU, sahabatku.Terasa sebak di dada sehingga menitiskan air mata namun digagahi jua. Setelah solat Subuh dan membaca Surah Yasin, ana segera ke HQE. Kelihatan ramai sahabat-sahabat dan akak-akak seperjuangan berada di luar wad dengan wajah yang sayu dan ada yang sedang menangis. Ana temui salah seorang akak dan bertanyakan keadaan Allahyarhamah, Allahyarhamah meninggal sebelum subuh dalam keadaan sempat melafazkan 2 kalimah syahadah, alhamdulillah dalam hati kerana dalam saat-saat genting seperti itu, Aisyah mampu mengingati Allah dalam lafaznya namun tidak dapat dinafikan kesedihan tetap menyelubungi diri ini. Semoga Allah menggolongkan Allahyarhamah dikalangan hamba-hambaNya yang solehah, mukminah dan muttaqinah..amin. Ana berharap ana dan sahabat-sahabat sekalian juga mampu untuk mengucap dan masih dalam keadaan beriman di saat-saat sakaratul maut menjemput kita yang tidak tau bila dan di mana, amin.
Tidak berapa lama selepas itu, kami ke Jabatan Forensik untuk menunggu mayat Aisyah yang hendak dibuat postmoterm dan persiapan untuk memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah dibuat di ruangan yang telah disediakan di tempat tersebut. Kesedihan dan rasa kehilangan menyelubungi kami semua dan terdapat juga sahabat-sahabat dari UMS yang baru tiba...Setelah selesai lebih kurang 12.15 pm, Allahyarhamah dihantar ke Lapangan Terbang untuk penerbangan ke Tawau pada pukul 1 petang. Kami pun bersurai dalam cuaca hujan yang turun sejak jenazah selesai disembahyangkan. Kira-kira jam 5 ana mendapat penggilan dari pengetua memberitahu kapal terbang yang membawa jenazah masih belum berlepas akibat hujan dan telah ditangguh sebanyak 3 kali dan kini menunggu masa penerbangan seterusnya kira-kira pukul 530 petang. Semoga Allah permudahkan pengurusan jenazah sehingga ke liang-lahad, amin. Selepas itu, tiada lagi berita mengenai jenazah walaupun berusaha menghubungi handset ayahnya namun tidak berjaya..Semoga Allah mengampuni, merahmati dan meredhai Allahyarhamah dan kita yang akan menemuiNya jua akhirnya . Inilah ujian baginya dan untuk iktibar kita bersama terutama diri ini...
Allahyarhamah Aisyah yang ana kenal sejak KML dulu(2005) memang seorang sahabat yang lemah-lembut, sopan santun dan sangat berbudi bahasa serta rendah diri, amat menyayangi sahabat sekitarnya dan sentiasa sabar untuk meneruskan perjalanan hidup. Beliau memang seorang yang istimewa pada ana kerana akhlaknya yang mulia menjadikan dirinya dicintai oleh setiap orang yang mengenalinya. Ibunya pernah memberitahu ana ketika sempat menziarahinya hari itu, Allahyarhamah Aisyah merupakan anaknya yang sangat baik dan taat kepadanya. Ibunya sangat menyayangi Allahyarhamah Aisyah namun ALLAH LEBIH MENYAYANGINYA, ibunya redha dengan pemergian anak tersayang.
Teringat ana Ramadhan terakhir bersama Allahyarhamah selama hampir sebulan di Surau B1, Allahyarhamah amat bersungguh-sungguh beribadat malahan telahpun berani mencungkil bakatnya memberikan tazkirah selang Solat Sunat Terawih 4 Rakaat. Antara tajuk yang beliau sampaikan ialah Cinta kepada ALLAH. Tidak disangka ALLAH mencintai Allahyarhamah dengan menjemputnya terlebih dahulu menemuiNya. Inilah bukti bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati dan kematian tidak dapat dielakkan walaupun telah mendapat rawatan dan berada dalam keadaan yang stabil kerana ajal maut tetap ketentuan ALLAH.
Apa yang pasti, yang pergi tidak akan kembali dan yang hidup perlu meneruskan kehidupan. Ana teringat sedikit kata-kata 'pentazkirah' di Surau Nur E-man semalam semasa Majlis Tahlil untuk arwah dibuat, katanya yang dah pergi akan berurusan dengan ALLAH dengan amalannya di dunia tapi kita yang masih hidup ini perlu membuat persediaan menghadapinya sebab kita tak tahu ajal kita bila..Wallahu'alam. Coretan ini sekadar perkongsian dan peringatan bersama terutama diri ana sendiri yang seringkali membuat dosa sama ada sedar mahupun tidak sedar. Ya ALLAH ampunkan dosa-dosa kami, Allahyarhamah Aisyah, keluarganya, ibubapa kami, ahli keluarga kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru kami, pejuang-pejuang Islam dan seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, ameen rabbil 'alamin...

Sebarang kesilapan harap dimaklumkan agar dapat dibuat pembetulan, syukran. Wallahu'alam.

Daripada: Azie

2 comments:

lay8 said...

Terasa benar ianya nukilan yang lahir dari hati seorang yang penyayang dan menghargai..Semoga segala doa yg dipanjatkan akan dimakbulkan olehNya Yang Maha Mendengar lagi Mengetahui segala isi hati... Terdetik sesuatu: Andai lepas ini ana pula yang pergi dulu, adakah anti akan nukilkan sesuatu seperti ini buat ana? Is it posible? Or maybe tidak ada langsung? Hee...sekadar gurauan.^_^ Antum semua amat prihatin. amatlah rugi andai ada orang-orang yang tidak dapat merasai keindahan persahabatan itu sekiranya antum adalah sahabat mereka. Semoga Allayarhamah, anti, antum & ana tergolong di dalam golongan orang-orang yang berjuang demi ALLAH & Rasulnya..Amiin..
Minta maaf semua..

Fatimah Azzahrah Hazwani said...

Salam ukhuwwah fillah ya ukhti fil ISLAM, sesungguhnya dirimu terlalu bermakna dan amat berharga untuk diri ini.Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa bersyukurnya diri ini memperoleh sahabat sejati seperti dirimu.Maafkanlah diri ini yang sering mengecewakanmu sebagai sahabat namun akan dicuba untuk terus menjadi sahabatmu.Usah dirisaukan apakah yang terjadi pada kita tapi risaukanlah apa yang kita beri pada orang lain dan apa yang boleh kita ambil manfaat dari apa jua keadaan berlaku..semuanya kembali kepada tawakkal kepada ALLAH dan sejauh mana keikhlasan berjuang di jalanNya,insyaALLAH cinta ALLAH akan diiringi dengan cinta manusia yang juga mencintainya,insya ALLAH. Selama bersahabat, jadilah sahabat yang paling banyak manfaatnya pada orang lain dan ikatlah ukhuwwah yang terbina dengan kasih sayang kerana ALLAH sekuat-kuatnya,insyaALLAH.Syukran jazilan ats segalanya, hanya ALLAH shj yg mampu mblsnya, diri ini tidak mampu mbls segala kebaikan yg telah diberikan..tegurlah ana andai ana tersilap(-_-)..