Thursday, October 9, 2008

Bekalan buat yang hidup

Sejak akhir-akhir ini makin banyak dugaan yang gagal ana hadapi dengan baik. Masalah hati. “Huh tak habis-habis masalah hati. Abang seniorku meluah perasaan. Ye ke. Adakah semua perkara yang berlaku ini adalah berpunca dari masalah hati? Adakah hati pendukung Islam terlalu lembut untuk diguris?
Masya Allah, begitu susah untuk membentuk jiwa manusia. Jadi macam mana dengan teori dan formula yang dilambak dalam buku dakwah. Kenapa semua dalil dan penerangan yang lengkap dengan nas masih gagal diuli dengan baik dalam hati pendukung Islam. Adakah kita terlalu yakin jalan yang kita pilih ini akan melurus ke syurga? Wah, begitu mudah perhitungan kita. Benar! Rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama jemaah. Jadi adakah semudah itu kita merangka jalan ke syurga. Hanya masuk dalam barisan pendokong Islam kita sudah boleh memasang angan-angan untuk berehat. Syurga Allah mahal harganya.
Betulkah teori ini boleh dipakai sekarang. Lambakan ilmu dan dalil belum cukup untuk menjadikan kita beriman. Betulkah?Ilmu semata-mata tidak menjamin untuk kita memahami Islam. Islam itu terlalu indah dan cantik. Susah untuk diungkap tetapi amat mudah untuk dihayati. “Hati ana kotor, tak boleh terima hidayah! Perumpaan mudah seorang miskin tidak akan menjadi peminta sedekah kalau dia tidak berusaha ke arah itu. Ya! Semudah itulah hidayah Allah.Islam untuk semua. Dia tidak akan hadir kecuali kita mencari dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. “Macam mana nak cari hidayah ni? Setiap tempat ada jalannya. Renung sejenak dimensi amal.
Kembali kepada fitrah. Sesuai dengan kedatangan Syawal. Ingat kembali detik-detik kehadiran kita di muka bumi Allah ini. “Apakah kamu mengira Kami menciptakan kamu dengan sia-sia.” Inilah formula kehidupan kita. Sedar akan hakikat kita hidup di dunia ini. Awal-awal lagi Allah telah mengutus Rasul-Nya untuk memaklumkan kepada kita bahawa dunia adalah sementara dan akan musnah. Tempat untuk bercucuk tanam atau tempat untuk kita mencari bekal ke alam selepas mati. Ya! Inilah Islam. Dia mengajar kita kehidupan selepas mati. Para saintis Allah telah memaklumkan kepada kita sejak 1429 tahun yang lalu melalui Kalam-Nya. Ibaratnya kita telah dibekalkan tanah yang subur, cangkul, benih dan pelbagai alatan untuk tujuan tadi. Jadi apa tunggu lagi. Al-Quran sudah menjelaskan caranya.
Begitulah lemahnya insan. Tiada yang sempurna. Sesuailah dengan hadis nabi telah diketahui isi neraka dan syurga. Justeru sahabat bertanya, “apa guna lagi amalan.” Baginda menjawab: setiap manusia dijadikan sesuai dengan tujuan penciptaannya. Setiap orang ada fungsi yang berbeza. “sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling berTAQWA di antara kamu”
Artikel ini ana post untuk mengenang kembali ibrah pemergian Almarhumah siti aisyah bakri. Ana doakan semoga pengorbanan dan usaha Almarhumah bercucuk tanam dalam lajnah ekonomi untuk menjana wang untuk meninggikan agama Islam mendapat balasan yang setimpal disisi Pencipta-NYA. Siapakah bakal menggantikan siti khadijah ISEUMS. Sesungguhnya pemergianmu tiada ganti melainkan peringatan kepada yang masih hidup bahawa kita juga akan mengikut jejak Almarhumah bersama bekalan yang kita bawa. “berbekallah kamu,maka sungguh(taukid) sebaik-baik bekalan adalah TAQWA”.Siiru ala barakatillah.
>>>Fatih

0 comments: