Thursday, December 25, 2008

Bicara Kita Tentang Kematian

Kita selalu mendengar berita tentang kematian,saban hari, saban waktu, setiap ketika. Kita juga mendengar setiap masa ada insan-insan yang menunggu saat kematian begitulah juga insan-insan yang tak menanti kematian tetapi telah diragut kehidupan dunia darinya tanpa persediaan. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada pencipta-Nya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi juga. Pelbagai bentuk dan cara kematian menjemput insan. Ada yang kemalangan, ada yang sakit berpanjangan, ada yang kena buatan orang, dan ada yang secara spontan. Ada yang mati di atas tilam empuk, ada yang mati dibunuh dan dihumban di jalanan atau longkang. Ada juga yang mati di medan perang. Bahkan ada juga yang mati tatkala gentar dengan ‘Sajak Kematian’.

Ada yang mati ketika melakukan maksiat. Ada yang mati di tempat maksiat. Tidak kurang juga yang mati semasa melakukan ibadat. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan seseorang ketika matinya seseorang insan. Namun begitu kita hendaklah berusaha dan merancang kematian yang perlu kita tempuhi atau kehendaki. Hakikatnya, kematian akan menjenguk kita. Kita akan mati dengan salah satu asbab, cara kematian. Kematian yang macam manakah yang kita pilih? Kita tiada pilihan melainkan memilih cara kematian kita. Kalau kita tidak pilih atau rancang pun, kematian tetap akan bersama kita akhirnya.
Oleh itu rancanglah dari sekarang kematian kita. Sabda Rasulullah saw bermaksud "Lazimilah oleh kamu dengan berbuat kebajikan, kerana ia dapat menghindarkan kamu dari mati dalam keadaan yang tidak baik". Itulah kematian yang kita cari, iaitu kematian yang boleh membawakepada kebahagian di alam selepas kematian. Berusahalah dan rancanglahsupaya kematian kita adalah dalam keadaan yang baik, cara yang baik.penuh dengan keimanan dan keredhaan Allah swt. Walaupun begitu sedarilah bahawa kematian yang paling mulia di sisi Allah adalah mati syahid. Semoga kita bertemu di Syurga yang abadi.
- Berkongsi ilmu Ilahi bersama Muslimin Agung -

Tuesday, December 16, 2008

Sahabat Yang Baik


Sabda Rasulullah s.a.w:”barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan keatas dirinya, nescaya Allah mengurniakannya sahabat setia yang salih yang mengingatkan kamu ketika
lupa dan apabila temannya itu memperingatkannya ia akan menolongnya.”

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang telah mengurniakan kepada kita teman-teman …mudah-mudahan kita semua menjadi teman yang salih untuk teman-teman kita…Seperti sabda Rasulullah di atas, alhamdulillah saya dikurniakan teman yang baik…semasa pertama kali menjejakkan kaki ke bilik asrama selepas seminggu mendaftarkan diri di universiti membawa saya kepada sebuah pertemuan yang takkan saya lupakan…Di ketika itulah bermulanya persahabatan kami…Dia seorang sahabat yang baik,terlalu baik…Kadang-kadang saya terasa lucu dengan sikapnya…Dia sering meminta maaf walaupun di atas perkara kecil…

Pernah suatu hari dia memaksa saya menghabiskan makanan saya supaya tidak membazir…selesai sahaja saya menghabiskan makanan, dia mengucapkan permintaan maaf kepada saya sedangkan itu cuma perkara biasa dan memang sepatutnya…selepas itu saya pasti tertawa dengan telatahnya itu…Dia sering mengingatkan saya untuk membaca mathurat, solat dhuha, dan dia selalu mengajak saya untuk solat berjemaah…Dia sentiasa sedia menolong saya ketika saya memerlukan…Dia jugala yang memperkenalkan saya kepada sahabat-sahabat yang baik…Saya bersyukur kerana Allah masih mengurniakan kebaikan kepada saya dengan sahabat-sahabat yang baik walaupun dia tidak lagi bersama kami kini…mudah-mudahan dia bahagia di sana, amin…(Alfatihah)

Buat semua…carilah sahabat yang baik/salih kerana seperti kata Saidina Umar AlKhattab:”Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka, kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu susah”. Wallahua’lam…

Friday, November 14, 2008

keteguhan hati

Salam mardhotillah...
Seorang mukmin yang teguh dengan iman yang mantap mempunyai ciri-ciri yang dapat dilihat pada zahirnya. Ia dapat dilihat dari sikap dan tingkah laku seseorang itu. Sesungguhnya, seseorang itu tidak boleh berpura-pura lebih dari tiga hari. Ciri-ciri mukmin yang dimaksudkan ialah:
1. Apabila diberi kesenangan dia bersyukur dan apabila ditimpa kesengsaraan dia bersabar.
2. Apabila disebut nama ALLAH, gementar hatinya.
3. Apabila dibacakan ayat ALLAH mengenai kehebatan dan kekuasaan ALLAH, bertambah imannya.
4. Menyerah diri kepada ALLAH dalam segala usaha yang dibuat.

Jadi, kalau seseorang itu bercita-cita untuk menjadi mukmin sebenar, wajarlah dia bermula dari sekarang untuk memiliki ciri-ciri di atas. Semuanya boleh dimiliki dengan tarbiyyah berterusan dan mujahadah.
Apabila ciri-ciri itu sudah ada di dalam diri segala perintah ALLAH sudah menjadi ringan padanya dan segala larangan ALLAH menjadi kebencian padanya. Apa yang dibuat semuanya terasa manis. Ketika ini mereka melakukan ibadah bukan hanya kerana takut kepada seksaan ALLAH di dalam neraka tetapi kerana rasa wajib mentaati ALLAH, seperti taat seorang hamba kepada tuannya. Jadi, kalau seseorang itu boleh beribadah atas dasar ini, tentulah dia akan melakukannya tanpa rasa tertekan.
Kemudian untuk mencapai khusyuk dalam ibadah, tumpukan perhatian kepada ALLAH dalam semua ibadah yang dibuat. Ketahuilah bahawa mereka yang dapat merasai bahawa mereka sedang berhadapan dengan ALLAH tentulah tidak mampu untuk terlalai walaupun sesaat.
"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada tubuh kamu dan sesungguhnya ALLAH tetap melihat kepada hati kamu dan segala amalan kamu yang berlandaskan keikhlasan hati."Sahih Bukhari.
Semoga muslimah solehah, mukminah dan muttaqinah ada pada dirimu, sahabatku dan tidak dilupakan semua mujahid dan mujahidah sekalian...insya ALLAH.

Sunday, November 9, 2008

MASIH DALAM KENANGAN


http:setanggisyurga05.blogspot.com

Monday, October 27, 2008

Video Memori Rakan Seperjuangan



Video ini adalah hasil ciptaan daripada seorang sahabat dan telah ditayangkan semasa Muktamar Unit Pengurusan Surau Kg E. Saya uploadkan ke YouTube untuk memudahkan orang jauh menonton dan mendownload. Kepada sesiapa yang inginkan salinan original, bolehlah berhubung dengan saya atau saudara Nasir Morni. Hanya secebis kenangan untuk dikongsi bersama. Sekian, wallahua'llam

Thursday, October 16, 2008

Buatmu temanku...

Aisyah...
rindu benar aku ingin menyebut namamu...
rindu benar aku pada nasihatmu buatku...

Aisyah...
apa khabarmu tika ini...?
kau di mana,syah...?
hatiku tah henti-henti bertanya...

Aisyah...
inginku menutup mata, memekakkan telingaku...
agar aku tidak mendengar kisahmu itu...
tapi syah, aku boleh mendengarnya di mana-mana...
tapi aku yakin, syah...pasti itu terbaik buatmu dariNya...

Aisyah...
orang bertanya padaku: "sapa partner kmu untuk assignment ni?"
aku kelu,syah... partnerku pergi jauh...
banyak yang aku ingin katakan padamu,syah...
tapi aku tak bisa...

Ya Allah...
kumohon padaMu tempatkanlah sahabatku itu dikalangan hamba-hambaMu yang Kau cintai
Ya Allah...
temukanlah kami semua lagi disyurgaMu kelak,amin...ya Allah,amin...


-Dari sahabat untuk sahabat-

Tuesday, October 14, 2008

kehilangan seorang naqibah.........

kita merancang ALLAH menentukannya.....ajal dan maut ditangan ALLAH tak siapa boleh halang, kini perjuangan yang ditabur di bumi bertuah ums ini hanya tinggal kenangan....perginya seorang mujahidah bermakna hilangnya sebutir mutiara yang amat berharga dalam gerakan islam,namun semuanya harus diterima dengan hati yang redha dan pasrah.....mungkin tidak semua mampu memperkatakannya walaupun ianya satu realiti kerana perasaan terkejut dan sedih masih menyelebungi sahabat-sahabat seperjuangan sekelian.....begitulah perasaan yang masih bermain diruang pemikiran saya ini," tak sangka betul,seorang sahabat yang turut sama memeriahkan medan dakwah telah pergi pada usia yang muda" ,namun sahabat-sahabat sekalian inilah realitinya.....jadikannya sebagai satu iktibar dalam kehidupan kita ini yang masih diberi peluang menghirup udara segar ciptaan yang maha ESA bak kata tuan guru nik abdul aziz nik mat"seorang yang bijak bukanlah seorang yang menerima ijazah semata-mata tetapi orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati"...........kehilangan ALLAHyarhama memang amat dirasai bagaikan semalam dia bersama-sama hadir dalam majlis ilmu,bergerak kerja dalam program, dan hangatnya raya bersamanya,tetapi kini ia hanya tinggal kenangan......masih segar lagi dalam ingatan saya ini ketika TOT nuqabah, tak sangka ia mempunyai bakat seorang naqibah yang baik, kesungguhannya melakukan pembentangan cukup jelas terpancar.......walaupun agak sukar bercakap dengan suara yang lantang namun penyampaiannya jelas......siapa sangka kini dia telah tinggalkan kita......segala sumbangan dan jasa yang telah diberikan hanya ALLAH sahaja mampu membalasnya....buat adik-adik diman ALLAHyarhama,mungkin kehilangannya lebih dirasai........kenanglah ALLAHyarhama dalam doamu kerana itulah satu kemuliaan..................

Friday, October 10, 2008

zikrul maut

Dan Allah s.w.t berfirman "kullu nafsin zaa ikatul maut", setiap jiwa itu pasti akan merasai mati. Demikianlah hakikat yang telah Allah tetapkan di dunia ini yang tidak ada seorang manusia pun yang akan terlepas darinya. Apabila datangnya berita tentang kematian kepada kita, maka kita katakan "innalillahi wa inna ilaihi raa ji uun".
Adapun kematian itu, suatu hikmah yang Allah s.w.t telah jadikan buat kita. Dan ditakdirkan bahawa semua manusia itu mempunyai ajalnya masing-masing, mungkin sekumpulan manusia mempunyai ajal yang sama detiknya, namun begitu tidak semua manusia akan menemui ajalnya serentak pada suatu masa. Itulah hikmahnya pada kita, sebahagian dari kita Allah s.w.t menarik nyawanya untuk kembali ke pangkuan-Nya, namun begitu sebahagian dari kita yang masih ada di sini, Allah s.w.t terus memberikan nyawa pada kita untuk hidup. Dan tujuan Allah jadikan senario sedemikian, sebahagian mati dan sebahagian hidup, tidak lain adalah untuk menjadikan kematian itu satu iktibar dan ada hikmah buat pengajaran kita bersama.
(Shad:27)
shad
27. Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan Yang tidak mengandungi Hikmah dan keadilan; Yang demikian adalah sangkaan orang-orang Yang kafir! maka kecelakaanlah bagi orang-orang Yang kafir itu dari azab neraka.
Maka marilah sahabat sekalian, kita persoalkan diri kita, apakah yang wujud disebalik kematian yang bergilir-gilir ini? Dan apakah tujuan Allah s.w.t memberikan kita peluang untuk mendengar berita tentang kematian terlebih dahulu sebelum kita sendiri dimatikan? Atau lebih besar lagi, apakah tujuan Allah s.w.t membawa kita ke sini pada hari ini, untuk berkumpul bersama dan mengingati pemergian saudara kita yang kita kasihi ini?
InsyaAllah, berkat hidayahnya, jika kita renung dengan teliti, tidak lain dan tidak bukan, tujuan Allah s.w.t menjadikan hakikat maut ini sebegitu rupa, hanyalah supaya kita berhenti sejenak dalam kehidupan kita ini, agar dapat kita menilai kembali, dan mengingatkan kepada diri kita, bahawasanya kita ini adalah hamba Allah s.w.t, yang masing-masing akan kembali ke rahmatullah suatu masa nanti.
Sehubungan itu, persoalan yang seterusnya, apakah yang kita akan dapat dari mengingati mati? Apakah mesej yang cuba Allah s.w.t sampaikan kepada kita, dengan cara menyuruh kita mengingati mati? Dan Allah s.w.t berulang kali menyebut tentang hakikat kematian ini di dalam Al-Quran, antaranya yang saya mampu ingat ialah:-
(munafiqun:11)
munafiqun
11. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu Yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai Segala Yang kamu kerjakan.
(sajdah:11)
sajdah
11. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil maut Yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".
Dan insyaAllah, jika kita hayati maksud Al-Quran al karim, kita akan jumpa banyak lagi,mungkin terlalu banyak untuk saya ingati buat masa ini.
Jadi, apakah jawapannya? Mengapakah Allah s.w.t kerapkali menekankan tentang aspek kematian dan kehidupan di akhirat? Sedangkan antara wahyu yang awal yang di sampaikan oleh Nabi s.a.w di Bukit Safa, adalah menekankan tentang azab di akhirat dan balasan bagi manusia yang hidup di dunia ini? Maka melihat hakikat itu, Allah s.w.t sebenarnya cuba menjelaskan kepada kita, bahawa dunia ini hanyalah sementara, dan akhirat itulah kekal abadi dan kehidupan kita yang sebenarnya.
Sahabat sekalian, tidak ada sesiapa pun yang tahu di mana dan bila akan tiba ajalnya. Sehebat ilmu Einstein, tidak mampu beliau untuk meramalkan kematiannya. Allah mejadikan ajal sebagai satu misteri, adalah supaya kita beramal berterusan dan istiqamah dalam hidup sebagai muslim. Apabila tiba ajal kita, tidak ada yang mampu menghalang lagi, "la yastaqdimuun wa la yas ta'khiruun", tidak boleh di awalkan dan tidak pula boleh di lewatkan, ianya pasti akan menepati jadual. Maka, pada ketika itu, setakat dosa yang telah kita buat, betapa banyaknya dosa yang kita telah lakukan selama ini, itulah yang akan kita bawa pulang menghadap mizan. Dan itulah yang akan kita kendong untuk melintasi titan sirat nanti. Apakah kita sempat bertaubat sebelum kita mati? Itu terserah kepada kita, sama ada kita ingin menangguh taubat atau sebaliknya. Cuma ingatlah sahabat sekalian, janganlah kita termasuk dalam kaum-kaum yang menyesal, yang telah Allah ingatkan pada kita berulang kali, seperti dalam ayatnya:-
(sajdah:12)
sajdah
12. Dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang Yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin".
Persoalannya, adakah aku sudah bersedia? Apakah aku telah sebenar-benarnya muslim? Beringatlah kita kepada ayat ini:-
(baqarah:208)
baqarah
208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.
Yang dinamakan islam itu ialah segala-galanya. Dan yang di katakan muslim itu ialah seseorang yang meliputi segala skop hidupnya dengan cara hidup islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Dan itu tidak terbatas kepada cara berpakaian, cara beribadah, malah termasuk dengan islam itu matlamat hidup, perlaksanaan matlamat hidup, hubungan sesama manusia, juga apabila kita telah muslim, apakah kita telah menjadikan suasana sekeliling kita itu turut muslim sesama kita, dan ini dituntut oleh Allah s.w.t:-
(ahzab:46)
ahzab
46. Dan juga sebagai Penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah Dengan taufiq Yang diberiNya; dan sebagai lampu Yang menerangi.
Sahabat sekalian, semoga kita dapat mengecapi pada hari ini, bahawa kesedihan kita atas kehilangan sahabat yang kita yang kita kasihi, perlu kita sertakan dengan kesedaran bahawa kita masih hidup, dan perlu meneruskan hidup ini,dan Allah telah memberi peringatan kepada kita untuk kembali beriman kepada-Nya, melalui peristiwa ini. Semoga dengan peringatan ringkas ini, mudah-mudahan Allah mencampakkan bantuanNya di hati kita, agar kita sama-sama dapat berusaha untuk memahami tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.

Walaupun ak tidak mengenalinya....

Tarikhnya sendiri sy telah lupa... Iaitu saatnya sy membaca satu berita di berita harian online mengenai Kemalangan di Papar dan kereta yang mereka naiki masuk ke dlm gaung... Memang stiap hari sy akn bc brita, dan brita tentang Aisyah Bakri adlah slah satu nya... Sesungguhnya semasa mmbaca berita itu, sy xterfikir, xterbayang, dan xterlintas langsung bhwa slh seorgnya adalah ex-kuharian... Sehingga la, hati kecil in terpanggil untuk mmbc friendster seorg shbt lama dr kuhara, normah apbila terbc status nya yg berbunyi "Al-Fatihah....bt peMergiaan sHbatKu 'Siti Aisyah Bakri'..d0akn arWah dTemptkan dkLngan org2 tg beriMAn.." Sy terus buka halaman utam fs nya dan terpapar lah gmbar siti aisyah bakri di muka dpn... Sy tatap gambarnya, jauh di sudut hati berbisik... "Aku seperti mngenali insan ini"... Terus ak menghantar comment kpd normah bertanyakan tentang insan ini... dan dlm hari itu juga normah mmblas dgn mngatakan "arh..mmg ko knl pn..bdak kuhara gk..sT1 dlu...knal ka ros alik? kwn baik dia la yg slalu sma2 2..kcik2 jk arwah ne...excDent kt papr nk blik g UMS.. " ak terfikir sejenak... ros alik?? nm memg pernah dgr tp aisyah bakri yg mn satu yer.... puas ak mengingatkan... sehinggalah normah mmberi ak satu alamat blog untuk di bc iaitu sitiaisyahbakri08.blogspot.com. Tanpa berlengah ak terus mmbuka nya, dan hati ak terpaut untuk mmba semua artikel yg ditulis shbat2nya kpdnya... Ak mmbca satu dmi satu artikel dn hati smkin sebak dan bygn wajahnya semakin nmpak di ruang fikiran... Hatiku berkata "Memang sama sekali ak tidak rapat dgn arwah, tp ak pernah nmpak dia berjalan lalu di dpan klas ku, di kantin bersama ros alik... Dia nmpak baik, sopan dan alim... Sahabat2 nya juga bgitu.."
 
Mengapa ak tidak mngenali lbih rapat smsa hayatnya?...  Mungkin faktor ak plajar baru di sana(Kuhara) ditambah pula ak sememangnya orang yang xpandai bertegur sapa dgn org yg bru dikenali... Aku tdak seperamah dia...
 
Sesungguhnya Kuhara mmberi ku satu kenangan indah yg xmgkin dpt dilupakan....
 
 
Nurul Suraya Hambali
ex ST4_Kuhara 02-04...
Kini aku kmbali ke tanah semenanjung dan ak mungkin sukar untuk ke sana lagi....
Sahabat2ku, ak sgt merindui kalian....
10 oct 2008 11.05 a.m

salam buat semua...


assalamualaikum buat semua samada yg mengenaliku @ x... gmbar d atas d ambil org arwah sms bas xpress yg km naiki singgah d ranau on da way balik beraya d tawau,tahun 2005 xsilap aku.. ms dlm bas on da way balik tu,hmpir spnjg pjalanan aku tdur mnyandar pd arwah.wlupun arwah lbih muda setahun dariku tp dia lbih byk memanjaiku..mcmanapun,kngn hy tggl sbg kngn yg kkl dlm ingatan... mati jg adlh sbhgn drpd proses khidupan mnuju ke alam akhirat..
smoga kt suma trgolong dlm golongan org2 yg beriman... ameen ya Allah..
-hidup mesti d teruskan.. slm ukhwah drp sy, Ros Alik - wslm.. :-)

gambar kenangan muslimah kml 05/06 brsma arwah



Hakikat kehidupan

Mendengar berita kehilangan seorang mujahidah pada 6 syawal yang lepas bagi memenuhi tuntutan untuk bertemu Allah swt, menjadi fitrah kepiluan yang tidak terkata pasti dirasai. Bukanlah tidak menerima takdir Allah swt, cumanya sebagai insan yang mempunyai rasa belas dan kasihan kita tidak boleh menolak perasaan itu. Namun yang pasti, semua mendoakan pemergiannya mendapat tempat yang baik di sisi Allah swt sebagaimana layaknya golongan para syuhada’. Sahabat-sahabat tahu yang arwah merupakan antara penggerak yang mendokong tertegaknya syariat Allah di muka bumi. Justeru, semua sahabat juga tahu, bahawa ‘pemergian’ sahabat ini tentulah membawa bersama bekalan yang melayakkannya bersama dengan mereka yang berjuang pada jalan-Nya. InsyaAllah.

Inilah yang disebutkan dalam suatu hadis dari Abu Sufian bin Abdillah RA katanya:

“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw. Wahai Rasulullah, katakanlah kepada saya berkenaan dengan Islam perkataan atau ucapan yang jelas dan yang tidak perlu lagi saya bertanya kepada orang lain”. Rasulullah saw bersabda : “Katakanlah aku beriman kapada Allah kemudian beristiqamah”.

saya dapat menilai berdasarkan hadis di atas bahawa sahabat ini telah berjaya istiqamah dengan kebenaran. Memang tidak salah lagi kerana semasa hayat sahabat ini sehinggalah menghembuskan nafas yang terakhir, masih lagi istiqamah dengan jemaah Islam yang benar.

Perkara penting sekarang, adakah kita mampu terus istiqamah dengan kebenaran sebagaimana sahabat tadi? Istiqamah sehinggalah bertemu semula kepada Pencipta?

Hadis yang saya sebutkan tadi memberi pengajaran yang sangat besar kepada kita yang masih hidup di dunia ini. Tuan Guru Nik Aziz dalam satu tazkirahnya menyatakan berpegang dengan agama yang istiqamah inilah yang akan menentukan kejayaan kita di dunia dan akhirat. Allah swt turut perintahkan kita agar istiqamah mengikut jalan yang betul bahkan juga diperintahkan kepada nabi-nabi suatu ketika dahulu. Ia berdasarkan firman Allah swt :
“Maka beristiqamahlah engkau sebagaimana engkau diperintahkan”. (Surah Hud:112)

Untuk istiqamah dengan kebenaran, mestilah tunduk dan patuh kepada segala perintah dan ketetapan Allah swt. Menjaga setiap tindakan kita sama ada dalam hal yang berkaitan dengan ibadat, hubungan sesama makhluk ataupun terhadap diri sendiri. Semua itu mestilah dipandu dengan kebenaran barulah tidak ada perkara yang menyimpang sehingga tercatat satu lagi dosa dalam buku amalan kita.

Bagi sahabat-sahabat yang sedar pentingnya terus istiqamah dalam melaksanakan kebenaran dan menyampaikan risalah agama, teruskankanlah dengan keyakinan itu. Jangan sesekali jemu dalam beramal kerana sudah menjadi lumrah bagi mereka yang mahu mendapat tempat yang baik di sisi Allah menerima ujian yang tidak disangka-sangka dari arah mana ia datang. Seseorang yang yakin dan percaya kepada Allah swt sudah tentulah menganggap semua itu sebagai suatu tarbiyah dalam menguji ketahanan jiwa. Teruskanlah apa yang diperjuangkan sahabat kita yang telah pergi ini kerana sudah pasti sahabat ini juga menanti-nanti kehadiran kita untuk menyertainya di alam yang kekal abadi bila sampai waktunya.

Terakhir ini, saya sampaikan kepada semua kejayaan yang akan diperoleh bagi mereka yang tetap istiqamah dengan kebenaran. Ia merupakan janji Allah swt yang telah tercatat di dalam Al-Quran sejak sekian lama. Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada kita untuk terus berada dalam saf pejuangan yang benar-benar diredai Allah swt. Firman Allah swt :


“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka itu beristiqamah, mengikut jalan yang betul dan tetap di atas jalan yang betul, turun kepada mereka malaikat-malaikat Allah, ketika menghadapi kecemasan terutama kecemasan di saat menghadapi maut, malaikat turun memberi semangat kepadanya, malaikat itu berkata, janganlah kamu takut dan berduka-cita, bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu, kamilah yang menjadi teman-teman kamu dalam kehidupan dunia dan dalam kehidupan akhirat”. (Surah Fusshilat:30-31)


Samalah-samalah kita doakan agar roh sahabat kita dicucuri rahmat dan segala amal kebajikan yang dilakukan selama ini diterima oleh Allah swt. Salam muwajahah silmiah

Thursday, October 9, 2008

Bekalan buat yang hidup

Sejak akhir-akhir ini makin banyak dugaan yang gagal ana hadapi dengan baik. Masalah hati. “Huh tak habis-habis masalah hati. Abang seniorku meluah perasaan. Ye ke. Adakah semua perkara yang berlaku ini adalah berpunca dari masalah hati? Adakah hati pendukung Islam terlalu lembut untuk diguris?
Masya Allah, begitu susah untuk membentuk jiwa manusia. Jadi macam mana dengan teori dan formula yang dilambak dalam buku dakwah. Kenapa semua dalil dan penerangan yang lengkap dengan nas masih gagal diuli dengan baik dalam hati pendukung Islam. Adakah kita terlalu yakin jalan yang kita pilih ini akan melurus ke syurga? Wah, begitu mudah perhitungan kita. Benar! Rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama jemaah. Jadi adakah semudah itu kita merangka jalan ke syurga. Hanya masuk dalam barisan pendokong Islam kita sudah boleh memasang angan-angan untuk berehat. Syurga Allah mahal harganya.
Betulkah teori ini boleh dipakai sekarang. Lambakan ilmu dan dalil belum cukup untuk menjadikan kita beriman. Betulkah?Ilmu semata-mata tidak menjamin untuk kita memahami Islam. Islam itu terlalu indah dan cantik. Susah untuk diungkap tetapi amat mudah untuk dihayati. “Hati ana kotor, tak boleh terima hidayah! Perumpaan mudah seorang miskin tidak akan menjadi peminta sedekah kalau dia tidak berusaha ke arah itu. Ya! Semudah itulah hidayah Allah.Islam untuk semua. Dia tidak akan hadir kecuali kita mencari dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. “Macam mana nak cari hidayah ni? Setiap tempat ada jalannya. Renung sejenak dimensi amal.
Kembali kepada fitrah. Sesuai dengan kedatangan Syawal. Ingat kembali detik-detik kehadiran kita di muka bumi Allah ini. “Apakah kamu mengira Kami menciptakan kamu dengan sia-sia.” Inilah formula kehidupan kita. Sedar akan hakikat kita hidup di dunia ini. Awal-awal lagi Allah telah mengutus Rasul-Nya untuk memaklumkan kepada kita bahawa dunia adalah sementara dan akan musnah. Tempat untuk bercucuk tanam atau tempat untuk kita mencari bekal ke alam selepas mati. Ya! Inilah Islam. Dia mengajar kita kehidupan selepas mati. Para saintis Allah telah memaklumkan kepada kita sejak 1429 tahun yang lalu melalui Kalam-Nya. Ibaratnya kita telah dibekalkan tanah yang subur, cangkul, benih dan pelbagai alatan untuk tujuan tadi. Jadi apa tunggu lagi. Al-Quran sudah menjelaskan caranya.
Begitulah lemahnya insan. Tiada yang sempurna. Sesuailah dengan hadis nabi telah diketahui isi neraka dan syurga. Justeru sahabat bertanya, “apa guna lagi amalan.” Baginda menjawab: setiap manusia dijadikan sesuai dengan tujuan penciptaannya. Setiap orang ada fungsi yang berbeza. “sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling berTAQWA di antara kamu”
Artikel ini ana post untuk mengenang kembali ibrah pemergian Almarhumah siti aisyah bakri. Ana doakan semoga pengorbanan dan usaha Almarhumah bercucuk tanam dalam lajnah ekonomi untuk menjana wang untuk meninggikan agama Islam mendapat balasan yang setimpal disisi Pencipta-NYA. Siapakah bakal menggantikan siti khadijah ISEUMS. Sesungguhnya pemergianmu tiada ganti melainkan peringatan kepada yang masih hidup bahawa kita juga akan mengikut jejak Almarhumah bersama bekalan yang kita bawa. “berbekallah kamu,maka sungguh(taukid) sebaik-baik bekalan adalah TAQWA”.Siiru ala barakatillah.
>>>Fatih

Wednesday, October 8, 2008

hargai kehidupan...

Kehidupan berlangsung tanpa disedari dari detik ke detik. Apakah kita tidak menyedari bahawa hari-hari yang kita lewati justeru semakin mendekatkan kita kepada kematian sebagaimana juga yang berlaku bagi Allayarhamah..

Seperti yang tercantum dalam ayat “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (29:57) tiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. Walaupun demikian, masyarakat pada umumnya cenderung melihat kematian sebagai suatu peristiwa yang terjadi secara kebetulan saja.

Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian mati; Allah menjelaskan dalam Quran tentang prilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut ini:

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (62:8)

Justeru, kita yang masih bernyawa ini, janganlah terus menangisi atau bersedih dengan apa yang telah pergi.. sebaliknya, marilah kita sama-sama menghargai mereka yang masih hidup…

Salam Takziah dari sahabat...

biarkan dia pergi...

hmm.. memang pedih untuk menerima sebuah pemergian orang yang kita sayangi.. apatah lagi inilah kali pertama kita menghadapi pemergian seseorang..
:'(

itulah sms yg aku sering terima dr ros, shbt baik arwah aisyah, walaupun hanya sebuah smiley yang bukan smile, tapi cukup menggambarkan wajah hatinya kala itu..
bagi aku x salah menangisi sebuah kematian, tapi, janganlah sampai tangisan kita itu boleh menyebabkan dia terseksa disana.
pada awalnya, aku pun x dapat nak terima kenyataan ini, seharian aku menangis, ros sendiri, sampai pening kepala dia menangis, tapi, aku bertekad x akan menangis lagi selepas membaca satu artikel dari blog seorang sahabat, yang bertajuk "dont be sad", artikel 2 ditujukan buat seorang sahabat yang baru sahaja kehilangan ayah.
mungkin orang akan kata, "ala, cakap senanglah, kita yang menghadapinya bukannya mudah". "ya, aku setuju, memang mengeluarkan kata-kata amat mudah, sehinggkan semua orang mampu melakukanya, kecuali, bisu. tapi, sejauh mana kita nak mengambil iktibar dari apa yang diperkatakan itulah yang payah. bukan mudah kita untuk menghadam pendapat orang lain yang diperkatakan melalui point of view mereka. tapi, selagi kata-kata itu mampu mengembalikan kita pada satu bentuk pemikiran yang rasional, kenapa tidak kita menerimanya sahaja. maaf Ros, aku kurang setuju dengan penubuhan blog sitiaisyahbakri08, bukan aku tidak mahu mengenangnya, bukan aku tidak sayang padanya, tapi, cukuplah aku mengenangnya di hati, telah aku pahat namanya sekukuh mungkin dijiwa. biar tidak lupa.
ingatlah, kita dengan arwah aisyah tidak banyak bezanya, kita juga akan pergi suatu hari nanti, cuma, Allah mempercepatkan pemergiaannya, dan kita mungkin, selepas ini..siapa tahu..
berdoalah banyak-banyak untuk dia, dan untuk diri kita, agar ada pertemuan lagi di sana kelak..
buat sahabat2 di UMS, sabarlah, tabahkan hati, aisyah dah pergi, esok lusa mungkin kita pula.. kalian lebih beruntung, lebih sering bersama dia, aku? kali terakhir bersamanya seingat aku bulan 12 tahun lepas.. semasa dia ada kita x terasa, bila dah tiada baru tercari-cari... lumrah manusia..

dariku untukmu orang BESAR, untuk CINTA BESAR

sumber: http://sirfijannah.blogspot.com/

SaMA waLauPun TIdak SeRupA

Adikku pergi dahulu. Bila pergi Kampung E masih lagi terbayang- bayang seolah- olah adikku masih ada. Masih lagi terbayang keadaannya di hospital. Saat kumenyapu air di sekujur tubuh kaku di bilik mayat untuk memandikannya, kutahan jua air mata. BAGAIMANA SAAT GILIRANKU TIBA? ADA KELUARGA DI SISI. Teman- teman perjuangan beramai- ramai memandikannya. Tak tertahan lagi air mata saat kuterpaksa meletakkan kepalanya di atas bantal di dalam keranda untuk ke airport.. Kuletak dengan perlahan. Air mata tak tertahan lagi. Sudah tidak mampu kumelihat dirinya.

Bila diri mula membuka blog Siti Aisyah Bt Bakri, teringat juga diri membaca satu blog yang kisahnya saling tidak tumpah seperti kisah adikku Aisyah ini. Siti Hajar Bt Izham, mungkin tidak dikenali kita tetapi dikenali di UIA. Seorang mujahidah yang pergi sama seperti Aisyah. Rasa Seronok malah cemburu dengan mereka pergi dahulu.sangat istimewa rentetan hidup mereka. .Banyak hikmah yang dapat diambil daripada pemergian mereka.. Hargai orang disekeliling anda…


Blog siti hajar- http://untukmu-sahabat.blogspot.com


K.JIDA
NONRESIDENT AKA DS 0809

terpancar nur Islam d wajahnya...

" Ya Allah Ros,pacikku ckp dgn aku dia time kat hospital teruk lebam2 tp aku tgok smalm mcm xda tgl parut bersih..ya Allah,kalaula ikutkan hati,aku nk ambil gmbarnya guna hp tp aku fikir fmly nya..."

begitulah msj yg aku terima dr shbtku nurul hazimah shari slps pmergian arwah.. alhmdulillah..aku bersyukur ke hadrat Ilahi..aku yakin shbtku aisyah tergolong dlm glongn org2 yg mndpt redha Ilahi.. wlupun aku sdikit brasa gusar bl mn nurul mmberitahu fligt jnh asyik tertunda 3x.dlm fkiranku ms itu,knp pgurusannya spt ada halangan yg mlmbatkannya... rupanya ada hikmah d sbaliknya krn kedua2 kakak arwah dr smnnjug smpi ke twu pd wktu mghrib..mgkin Allah nak mmberi kesempatan utk kakak2 arwah mnatapnya buat kali terakhir...

Ya Allah,tetapkanla aku dlm gerak kerja Islam..aku jg ingin sptnya...

-ros alik-

kisah kami...





aku mngenali awrah sjk tahun 2000.kami d tgkatan 1Dedikasi pd ms itu. aku,arwah& Nurul Hazimah adlh 3 shbt yg akrab sjk dr itu. igt lg,km pnh mnggabungkan nama km bertiga mnjadi "ROSHIMAISYAH" ... ros(aku) ,Shima(nama pggilan nurul) & aisyah(arwah).slps mndpt kputusan yg agk baik dlm exm d tgkatn 2,aku & arwah di naikkan ke kelas 3berkat sementara sorg lg shbt km Nurul kekal d kelas Dedikasi.Namun itu suma tdk mmpengaruhi hbungn prshbtn km b'tiga. sms d tgktn 3,aku byk mghabiskan ms brsama arwah..d mn aku berada,d situ jg adanya arwah.arwah seorg yg sgt menitik beratkan hal2 berkaitan dgn ibdh terutama skali bab2 solat.arwah byk mnyedarkan ku ttg kpentingan mjaga solat...km sllu lmbt msuk ke kls slps solat zhr&asar krn byk mghabiskan ms mnggu giliran msuk ke tands sblum mndirikan solat.blh d katakan km stiap hari berkejaran utk mnepati ms msuk ke kls.xsah klu xtercungap2 slps masuk ke kls...

arwah seorg yg bijak dlm subjek sains.arwah sllu mndpt mrkh sains tertinggi d dlm kls smentara aku pulak lbih kpd sbjek math.shingga kini aku asyik terkenangkan arwah stiap kali bljr math krn dlu arwah mnjadikan ku guru math peribadinya shgga la km mnymbug pljrn d matrik labuan..

slps pmr02,arwah brjaya mmsuki kls teratas,4ST1 sementara aku 4ST2..aku sdih cz xsekelas dgn dia ada ms tu. tp nasib baikla kls bsebelahan shj...km masih sllu brsama stiap kali rehat n pulang dr skolah.

arwah sllu tertekan dgn pljrnnya cz mnurutnya arwah adlh harapan kluarganya.dia sndiri pun xtahu dia sllu dpt kputusan yg agk cmerlg dlm upsr,pmr& spm.
arwah adlh ank pertama dlm kluarganya yg dpt mmsuki matrikulasi & universiti.arwah sllu d jadikan contoh dlm kluarganya & sgt d syangi ibu bapanya. sbb itu arwah sllu tertekan stiap kali prestasi akademiknya tdk mmuaskan..arwah xmahu mngecewakan ibu bapanya yg sgt berharap pd nya.

aku mnjadi smakin akrab dgnnya sms d matrik labuan,arwah seorg yg sgt kuat berusaha wlupn dia tahu pluang utknya mndpt kputusan yg terbaik adlh nipis.walau d saat2 akhir mnjelg peperiksaan,arwah msih xbrputus asa mngulg kaji plajarnnya. d sbbkan prasaan kasih &syg pd nya, aku cb sdaya upy sy mluangkan ms mngulgkaji pljrn brsamanya d library ,d bilikku & pnh skli d masjid matrik shgga km tertidur hgga ke pg dlm msjid tsebut...

aku msih igt lg,km pnh menanamkan azam utk mmakai tdug labuh bsama.namun,km takut utk berubah pnmpilan diri scr menda2k...bermula dr tgkatan 3 xsilap aku,km brsama2 mmakai sarung lengan shgga d ikuti ramai pljr2 muslimah yg lain.alhmdulillah. naik ke matrik,km msih malu nk ubah pnmpilan diri cumanya km sllu mnjinakkan diri utk bersolat jmaah d masjid.& akhirnya alhamdulillah,pabila da msuk universiti & msing2 bertemu dgn shbt2 yg solehah,km dah mula mmakai tdug yg agk labuh.wlupun tdg labuh bukanlah boleh d jadikan kayu ukur utk mnilai thp iman se2org tp sekurg2nya dgn brpakaian spt itu,kt scr automatik akn brasa malu utk mlakukan prkar2 yg xelok yg skaligus dpt mnjauhkan diri kt drp sbrg pkara kmaksiatan.i/Allah.

sekian... wslm..

hasil tulisan : rosalik1108@yahoo.com

8syawal1429H , 08:09pm

Tuesday, October 7, 2008

Pagi 6hb Oktober, aku gegas bersiap mengemas diri. Jadual penerbangan pada pukul 9.30 pagi, dan berikutan kediamanku yang jauh dari LCCT, aku bertolak seawal pagi. Hari itu aku tidak menjangkakan apa-apa yang berlaku. Aku hanya berfikir, moga selamat sampai ke UMS dan terus nanti menyiapkan tugasan-tugasan bertimbun yang tidak aku bawa semasa cuti Aidilfitri. Ah, kembali ke takuk lama...

Setibanya aku di LCCT, aku berjumpa dengan Faiz yang juga menaiki penerbangan yang sama denganku. Dengan berpakaian segak berkot, Faiz berkata kepadaku.

“Afiq, ada berita buruk. Seorang sahabat kita meninggal.”

“...serius?” aku bertanya kembali, kerana si Faiz terkenal dengan lawaknya yang kadang-kadang agak keterlaluan.

“Ko tak tau ke? Takde orang mesej ko bagitau?” Faiz bertanya pula, dia kelihatan serius.

“Takde pun...” melihat raut wajahnya aku kini pasti Faiz tidak bergurau.

“Siapa?” aku bertanya lagi, ingin tahu.

“Budak bawah aku, Exco Ekonomi, sekali dengan ko la, ko kenal...muslimat...Aisyah..” Faiz menjawab perlahan.

Aku cuba mengingati wajah-wajah muslimat ISEUMS Exco Ekonomi, tetapi aku tidak berapa dapat, kerana sudah lama aku tinggalkan Exco tersebut. Aku cuba bertanya lagi.

“Budak Kampung E?”

“A’ah”

“SPTA tu ke?” aku cuba meneka.

“Bukan...SSMP la...ala...tak ingat ke?” Faiz cuba mengingatkan aku kembali.

Aku mengomel sendirian. Yang mana ya? Jikalau budak SSMP, mesti geng Nad kan? Yang mana satu ya? Lama aku berfikir memerah memori di situ.

“Subuh tadi meninggal. Accident malam tadi on the way balik ke UMS, jatuh gaung. Dengan sedara dia, naik kereta.” Faiz menerangkan serba sedikit apa yang dia ketahui, sementara aku masih memerah otak mencari jawapan.

Sebaik sahaja aku duduk di dalam kapal terbang, entah bagaimana, terlintas di fikiranku wajah seorang gadis yang aku rasa aku kenal. Ya, berwajah baik, berketinggian sederhana, nampak pendiam, penuh dengan sopan santun.

“Dia!?” reaksi spontan aku apabila akhirnya mengingati wajahnya. Innalilah...aku terpaku seketika. Jiwaku tiba-tiba kosong. Faiz yang duduk disebelahku sedar aku sudah teringat.

“Tak pakai cermin mata kan? Kurus-kurus kan? Yang pendiam tu kan?” kali ini pertanyaanku lebih yakin.

“A’ah. Ingat dah?” jawab Faiz.

“Em...ingat...”

Aku berasa bersalah kerana tidak mengenali namanya, hanya pernah melihat wajahnya, itupun jarang-jarang, kerana memang aku sama sekali tidak pernah bekerja bersamanya, apatah lagi menegurnya. Tapi aku sedar, banyak jasanya pada UPS dan ISEUMS. Walaupun orangnya low-profile, tapi memang aku pasti, pemergiannya ini ditangisi ramai sahabat.

Setibanya aku di UMS, aku bergegas ke bilik Sallehin, namun kosong, begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Dan Faiz berkata tadi, bahawa jenazah si arwah telah diterbangkan ke Tawau untuk dikebumikan di sana semasa aku dan Faiz baru turun ke bumi Sabah. Dalam hati aku berkata, mungkin sahabat-sahabat yang lain telah menziarahinya. Dan petang itu juga, aku memperoleh Borneo Post yang dibeli oleh rakan, seperti yang aku jangka, berita kematian (kemalangan) pelajar dan staf UMS terpapar di akhbar. Ya Allah...seram ngeri apabila aku melihat gambar kereta yang terbabas itu. Jiwaku kecut. Ya Allah, Engkaulah yang Maha Berkuasa Maha Menentukan. Engkaulah yang menghidup dan mematikan. Kepada Engkau jualah kita kembali.

Selepas solat maghrib, diadakan bacaan tahlil untuk si mati. Ramainya orang, terutamanya di bahagian muslimat sehingga dipanjangkan tirai di surau. Sedikit-sedikit aku terdengar seduan dan tangisan di sebalik tabir surau. Pemergian seorang sahabat bagi mereka sememangnya syahdu. Aku makin terasa hiba.

Selepas bacaan tahlil dan solat jenazah ghaib, diadakan juga derma kilat, dan diumumkan juga blog khas Aisyah. Aku hanya berdoa, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman insyaallah.

Al-fatihah dan salam takziah kepada keluarga Siti Aisyah Bakri dan sahabat-sahabatnya

(hanyalah nukilan ringkas daripada orang yang tidak dikenali kepada orang yang tidak dikenali. Wallahua’lam)

http://qriuz.blogspot.com

kisah si fUlAn....

tersebutlah kisah seorang lelaki bernama si fulan bin si fulan bertemu dengan nabi ALLAH..
"Ya nabi ALLAH, aku telah beribadat dan mengabdikan diriku hanya kepada ALLAH selama 300 tahun...tanyakanlah wahai Nabi ALLAH di manakah kelak kedudukanku di sisiNYA..?"
nabi ALLAH pun bertanya kepada ALLAH dan kemudian menyampaikan jawapan dari ALLAH kepada si fulan tadi..
"sesungguhnya kau akan diletakkan di NERAKA paling dalam dan paling KERAS seksaannya.."
si fulan terkejut dan gementar hatinya...kaum kerabatnya hanya mengabdikan diri tidak lebih dari 200 tahun, inikan pula dia yang mengabdikan diri lebih banyak dari itu diletakkan di neraka paling dalam, bagaimana pula kaum kerabatnya yang lain...??
"ya nabi ALLAH..seandainya aku dimasukkan di NERAKA paling dalam, izinkan aku memohon kepada ALLAH untuk menjadikan aku MAKHLUK paling besar, agar kelak kaum kerabatku tidak akan dapat lagi ditempatkan dalam NERAKA itu..biarkanlah aku sahaja yang mengisi perut NERAKA itu..."si fulan berkata, linangan air mata nya amat deras mengalir kerana takutkan kebesaran ALLAH...
turunlah wahyu dari ALLAH..
nabi ALLAH tersenyum...
"wahai si fulan, sesungguhnya kini ALLAH telah meletakkanmu di SYURGA paling tinggi...kerana kau masih risaukan kaum kerabatmu yang lain..."...


pagi syawal yang suram..

..hingga saat ini air mataku tidak pernah habis ditumpahkan..ntah kenapa ia seperti tidak mahu berhenti mengalir..
teringat kata-kata kak jannah..biarlah air mata yang mengalir ini kerana takutkan kebesaran ALLAH dan berdoa smoga air mata inilah yang dapat menyelamatkan kita daripada dibakar dalam API NERAKA ALLAH..ya ALLAH sesungguhnya janji MU itu pasti akan KAU tepati..
..aku lihat sekeping kertas yang diletakkan di sOftboard meja belajarnya ketika kami mengemas barang peninggalannya....lagu MENANTI DI BARZAKH (far east), lengkap bersama tarikh dan masanya..23 OGOS-21 SYAABAN, 7 PAGI...tanganku menggigil..iaitu 45 hari sebelum ALLAH menjemputnya..dikebanyakan kertas yang kami temui semuanya lengkap bersama tarikh dan masa...ya ALLAH..ampunkanlah dosa-dosa kami ..
MENANTI DI BARZAKH....
ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
singgah dirahim bonda sebelum menjenguk ke dunia
menanti dibarzakh sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya..

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkahpun baru berlalu seusai talkin bernada syahdu..

tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapapun tahu resah penantianku..

terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan..

kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian
kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian..

kembali roh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri berteman sepi

hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu..

ajal yang datang di muka pintu tiada siapa yang memberitahu
tiada siapapun dapat hindari tiada siapa terkecuali..

lemah jemari nafas terhenti tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
mengigil ketakutan gelap pekat di pandangan

selama ini diceritakan kini ku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan...

Terasa akan kehilanganmu

Salam Sesuci Perjuangan
Sudah dua hari ana menjadi pengunjung setia blog istimewa yang di dedikasikan buat seorang mujahidah yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya.Terus terang memang ana tidak mengenali siapa sebenarnya Allahyarhamah tapi melalui setiap coretan yang di titipkan oleh teman-teman arwah menyebabkan ana terjentik hati untuk mencoretkan sesuatu.Bukan mengambil kira kami datang dari daerah yang sama tapi lebih kerana perjuangan kami yang sama iaitu memperjuangkan Islam.

Pada mulanya(Kelmarin), ana tidak tahu kenapa tangan begitu ringan saja membawa mouse komputer ke arah nama arwah yang menjurus kepada blog buat arwah yang ana terlihat di ruang borak pada satu blog sahabat.Ana cuba hayati mencari makna kewujudan blog istimewa buat arwah ini dan tanpa ana sedari pembacaan ana pada setiap coretan teman-teman arwah membuatkan air mata ini laju menuruni pipi. Dan akhirnya ana faham mengapa Allah menakdirkan ana untuk menjadi pengunjung blog ini kerana ada sesuatu yang Allah nak beritahu kepada ana.Ya benar, Allah maha mengetahui.Terasa diri termuhasabah dengan sendirinya natijah daripada coretan yang ana baca pada blog ini.Benarlah hidup itu InsyaAllah mati itu Pasti. Jika tidak mana mungkin arwah yang telah di khabarkan stabil pergi menyahut seruan ilahi. Ternyata Allah lebih menyayangi beliau.

Buat sahabat- sahabat arwah, bersabar atas apa yang telah Allah takdirkan.Terimalah dengan redha kerana itu adalah ketentuanNYA yang mana siapa sahaja yang hidup pasti akan merasai mati begitu juga kita.Hanya masa dan cara untuk kita tidak di ketahui.Buat keluarga Allahyarhamah ana doakan ketabahan semua menerima pemergian insan tersayang.Apa yang pasti pakcik dan makcik kehilangan anak, adik-adik arwah kehilangan kakak, sahabat-sahabat arwah kehilangan sahabat yang di kasihi dan Islam kehilangan seorang pejuang.Maka kita yang masih di beri kesempatan bernyawa ini teruskanlah perjuangan moga Islam terus terjulang selamanya.Semoga saat sakaratulmaut menjemput kita nanti kita di beri peluang melafaz dua kalimah syahadah.

Buat kesekian kalinya sebelum noktah akhir ana labuhkan ingin ana menyusun jari memohon ampun dan maaf andai kehadiran coretan ana ini akan mengguris hati sesiapa saja yang membaca terutamanya sahabat-sahabat & keluarga arwah.Ana tidak mempunyai maksud lain selain mahu meyatakan rasa kesedihan atas gugurnya seorang lagi mujahidah Islam.Moga coretan ini di terima dengan baik oleh semua.Salam perjuangan menuju mardhatillah....

Mujahidah,
Engkau gugur di medan ini
Engkau pergi menyahut panggilanNYA
Engkau tinggalkan kami disini
Bagi memenuhi janji dengan Pencipta
Mujahidah,
Kini kita berbeza alam
Berbeza perjuangan
Namun pada hari yang telah di tentukan
Ana dan yang lain akan menyusulmu
Semua akan merasai tempat yang engkau tuju kala ini
Namun masa buat kami belum tiba
Mujahidah,
Kita akan dipertemukan kembali
Pada satu hari
Di mana semuanya akan terkumpul
Moga saat dan ketika itu
Kita akan terpilih menjadi bidadari Syurga
Amin.....

Coretan Ikhlas: Siti Nursalma (Labuan)
email: ctnursalma@yahoo.com.my

DIA TELAH PERGI..KITA BAKAL MENYUSUL

salam lebaran syawal di hari ke-7
 
seawal pagi telefon dgn nada dering khusus untuk msg berbunyi..menandakan ada msg yang masuk. Namun dibiarkan seketika...sekejap berlari ke tingkat atas dan sebentar turun semula ke bawah..begitulah kalutnya ana setiap pagi...menyiapkan irfan ke sekolah ditambah dengan gelagat adiknya yang juga semakin banyak ragam. Nada dering msg masih berbunyi..selagi tidak dibaca, selagi itulah ia berbunyi sebagai tanda peringatan.. .msg yang masuk perlu dibaca.
 
ana amati nama dari berita yang dikhabarkan. ..siapa aiti aisyah bakri? Al maklumlah sifat pelupa ni semakin kuat apalagi dalam mengingati nama yang jarang-jarang kali berurusan bersama. Namun ana menjangka dan kepastian yang tak pasti....nama tersebut mungkin kelahiran dari pj-pj selepas ketiadaan ana di bumi ums. innalillah.. ....
 
sesampai di tempat keje...ana cuba penuhi masa yang awal ini dengan membaca rentetan khabaran dari sahabat-sahabat walaupun kerja masih banyak yang perlu dilunaskan. Apalagi yang boleh dikatakan..semuanya telah tertulis dan kematian itu milik Allah. Sedangkan ana yang jauh dan tidak mengenali empunya diri turut merasakan kehilangannya. .pastinya sahabt-sahabt yang bergerak bersama beliau disana merasakan lebih dari itu. Sabarlah.... pemergian beliau di saat sahabat-sahabat berada bersama beliau sebenarnya memberi pengajaran kepada yang masih hidup. Ada masanya Allah menutup sebahagian kepakaran manusia bagi membuktikan bahawa kebesaran Allah itu ada dimana-mana walaupun disaat kematian. Itulah yang ana dapat tafsirkan selepas membaca kronologi dari sahabat-sahabat. Selepas keputusan scan bahawa tiada kecederaan dalaman namun keputusan post mortem iaitu pembengkakkan di saluran pernafasan memberi asbab kematian beliau.
 
Kepada semua sahabat seperjuangan di sana..teguhkan hati untuk terus berdiri di dalam barisan perjuangan. Lipat gandakan usaha untuk menabur budi di dalam medan da'wah. Sabar walau sesukar mana dan sehebat mana dilanda ujian. Berganding bahulah dan bina muafakat. Jadikan kematian dan rumah kuburan itu sebagai peringatan yang sentiasa berlegar dalam fikiran. Serta jadikan lapangan akhirat itu sebagai tujuan untuk meraih syurga idaman.
 
Salam takziah dari k.arin sekeluarga

SAHABAT PERJUANGANKU , ADIK USRAH KU PERGI JAUH….

Ahad,5 ramadhan 1429 H

Lebih kurang jam 2.30 petang berhadapan dengan Fanika, handphone ku berbunyi…Titt..Titt..Titt..mesej rupanya..ku baca pengirimnya daripada Ros Alik,kawan yang sekarang studi di UPM kenal semasa belajar di KML dulu..terkeut dibuatnya bila membaca mesejnya yang berbunyi  
“Salam.aisyah sekarang dalam keadaan kiritikal di hospital papar setelah kemalangan ketika on d way balik ke kk.doakan dia ya,”
Ku balas smsnya nak kepastian, ‘ aisyah bakri ke atau aisyah mana?”
Dia menjawab, “ ya aisyah bakri..”
Jantungku berdenyut kencang,aku terus menelefon Ros Alik nak confirmation..
Ya Allah aisyah..adik ku..menurutnya aisyah dan kakak sepupunya beserta 2 lagi keluarganya menaiki kereta kenari yang dipandu oleh kakak sepupunya balik KK pada tengah hari sabtu dan kemalangan berlaku pada sabtu malam..kakak sepupunya telah dipanggil menyahut seruan ILAHI pada sabtu malam itu juga dan yang lain dimasukkan segera ke hospital papar..
Diri ini tidak dapat berbuat apa-apa,hanya mampu menekan tangkas handphone ditangan mengkhabarkan berita ini dengan sabahat-sahabat di KK dan menelefon kak akma yang kebetulan berada di kawasan papar ketika itu..
Hatiku tetap tidak tenang, tanganku asyik menekan handphone khabarkan pada mereka di KK dan bila ku menelefon adik aisyah sendiri,Tija..dia telah dipindahkan di hospital Queen Elizabeth petang tadi dan dimasukkan ke wad 2 tingkat 6 sebabnya otaknya kena di SCAN takut ada masalah lain timbul...aku terus kol kak akma yang telah dipindahkan ke QE dan maznee supaya mereka boleh melawatnya di sana..hatiku makin tidak tenang dan sering sms mereka yang berada di sana bertanyakan khabar..
Jam 7 lebih ku mendapatkan khabar yang dia sekarang sudah sedarkan diri setelah berada dalam keadaan kritikal, dia sesak nafas akibat kemlangan itu..aku balik kampus isnin malam dan bercadang untuk melawatnya pada pagi selasa selepas kuliah..hati ini kembali tenang..
Isnin pagi ,07 ramadhan 1429 H 
Dalam kegelapan handphone ku capai dan melihat dah jam 5 pagi dan lena ku terjaga dengan kejutan menerima 2 sms yang satunya daripada mazne yang berbunyi, 
“salam, kak nani, aisyah meninggal dunia jam 3 pagi lebih tadi..doakan dia ya kak,” 
“Innalillahi wa inna ilahi rajiuun,” pintaku 
Ku tidak membalas sms itu dan terus mengambil wudhuk menunaikan solat fardhu subuh dan selepas itu terus sms maznee daripada siapa dapat berita ini, dia cakap daripada atiqah berjaga dihospital dan terus ku menelefonnya,
“ tiqah,kenapa boleh terjadi? Ok ja dia semalam kan?,” ku kuatkan diri berkata
“ ya kak, tapi dia sesak nafas jam 3 labih tadi dan bila doktor buat rawatan dia da pergi kak,” 
   jawab tiqah
“ mak dan bapa aisyah macam mana?” ku bertanya lagi
“ maknya tiada lagi nanti mereka beritahu sebabnya maknya ada darah tinggi cuma abang dan bapanya ada disini,” tiqah membalas.
Ya Allah besarnya dugaan yang Kau berikan kepada seorang ibu dan ayah yang masih     mendambakan kasih sayang anaknya membesar depan mata pergi meninggalkan tanpa berkata sepatah pun pada mereka..Ya Allah pedihnya hati ini,. 
Walau apa pun, ku redha dengan takdir yang telah ditentukan..aku semakin lemah dan air mata ini mengalir deras tanpa henti..aku cuba menenagkan hati ini dan fikiran ku terus menerawang fikirkan alyarhamah siti aisyah bakri.. 
“ kak akma, aisyah adik usrah saya kak..ku rindu dia..dia selalu mengatakan yang dia mahu
jadi seperti saya,seperti akak-akak lain kuat dalam berjuang dan tahan ujian yang datang 
  dan   sanggup menghadapi apa jua rintangan dalam kesibukan sebagai seorang DAI’E dan
StUDENT,” ku sms kak akma 
Kata –kata penawar darinya, “ ya dik, hatta adik dan mak kandung Allah lebih berhak ambil
kembali apa yang telah DIA pinjamkan,”  
Air mataku terus berlinangan..kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama..
ya hanya nama dan kenangan yang akan tinggal untuk kami di sini,kami merinduimu AISYAH, kami menyanyagimu AISYAH,kami masih memerlukanmu AISYAH..
Isnin tengahari ,07 ramadhan 1429 H 
Khabar dari KK mengatakan jenazah arwah akan sampai di Tawau petang ini,,sempat lah ku pergi walau sekejap melawat dia..
Ku tidak berkesempatan melihat wajahnya dan bertemu dirinya walau hanya jasad pun hati ini sudah tenteram..dalam kesibukan persiapkan diri dan barang-barang untuk ku bawa pergi ke kampus malam ini, aku usaha juga habiskan supaya ku sempat ke rumahnya.. 
Ku melangkah keluar rumah selepas asar .Teksi ku tunggu hampir 15 minit akhirnya sampai jua dan setibanya aku di pasar raya hilltop, ku dapatkan ruhana dan kak arnisa lalu ku mendapat berita jenazah akan sampai tawau dalam jam 7 petang disebabkan kapal terbang mereka delay sebab hujan lebat.. 
Ya Allah, ku tahan air mata daripada terus mengalir depan mereka..aku tak dapat jumpanya sebab aku akan bergerak dari tawau ni jam 7 petang juga..aku kuatkan juga diri..sampai  dirumah arwah kami disambut dengan senyuman kesedihan orang rumah arwah dan kami mendapat tahu kakak sepupunya telah dikebumikan pagi tadi..aku disambut dengan 2 adik perempuan aisyah, Tija dan Amira..Terkejut bila tengok muka Tija mirip sangat dengan aisyah,berkaca mata,cara dia bercakap..Ya Allah dia ka penganti aisyah??
Tiada yang dapat mengantikan mu AISYAH..kau satu-satunya di dunia fana ini.berita UTUSAN BORNEO yang mengatakan “JURUTERA UMS,adik dan 2 sepupu nahas”,
Ngeri melihat kereta kenari yang diandu terbabas hampir 7 kilometer dari jalan utama masuk jurang..sangat ngeri.ya Allah hebatnya dugaanMU ini !!
Selesai ku membaca yassin,air mataku mengalir,,aku sedih sangat tidak dapat jumpa dia..aku berdoa moga aku dapat jumpa arwah dalam mimpiku, aku teringin sangat bertemu dengan dia..
Aku bergegas balik rumah untuk balik ke kampus..hatiku berat meninggalkan tawau namun ku redha dengan apa ynag berlaku.. 
Dalam jam 9.30 malam,allahyarhamah selamat dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan masjid bandaraya,tawau setelah jenazah sampai ke rumah arwah untuk bertemu dengan keluarga tercinta..

KENANGANMU SENTIASA BERSAMA AKAK…AISYAH 
AISYAH ialah adik usrahku yang dilahirkan 1 mac 1988 sejak daripada DIMAN lagi hinggalah DG mereka..dia adalah satu-satunya adik usrah ku yang paling ku sayangi dan ku hendak dia masuk sekali dalam perjuangan ini..ada 1 masa itu, dia mahu sangat jumpa aku dan mengatakan dia ada masalah dan ku bersetuju jumpa dengannya,. 
“kak nani, aisyah nak keluar daripada perjuangan ini,aisyah tidak mampu buat,saya gagal nak
sesuaikan diri dengan perubahan yang ada, pointer saya jatuh baru-baru ini, bukan nak
salahkan dengan kerja diberikan tetapi tak mampu kak,” luah aisyah
diri tidak tahan mendengar apabila ada sahabat yang mengatakan mahu berhenti,keluar daripada perjuangan ini, sebak rasa di dada ini dan air mataku mengalir tanpa ku sedari, 
“ kenapa fikir begitu dik?kita ini orang beruntung duduk dan terpilih dalam perjuangan ini dik,kita sangat bertuah dik..akak dulu pun bukan dari awal dapat pendedahan bila berada di kampus baru akak kenal betul-betul apa yang dimaksudkan perjuangan,” pintaku 
“ kak nani, saya tidak standing sahabat-sahabat yang lain,saya kurang ilmu,qiam pun saya
  jarang pergi,saya tak mampu,” luah aisyah lagi 
kami berbual panjang dan sehinggalah dia tenang kembali dan mahu terus berada dalam perjuangan ini dan aku sangat kagum dengan semangat kental aisyah yang mahu terus belajar dan terus belajar dalam memperbaiki dirinya..aku terus mengikuti perkembangannya dan dia makin ada peningkatan dalam gerak kerja, komitmen pun sudah ok dan gerak kerja terakhir aku bersama aisyah adalah gerak kerja PRK JAKMAS baru-baru ini..

aku teringat dulu, dia apabila jumpa aku dia salam dan cium tangan macam rindu sangat tak jumpa lama sedangkan baru kelmarin jumpa dia..seronok bila jumpa dia,peramahnya,senyumannya ,sikapnya dan kesungguhannya serta ketekunannya  sebagai MUJAHIDAH DALAM PERJUANGAN INI.. 
buat adik-adik dan sahabat perjuangan sekalian,kita yang tinggal ini teruskan jihad kita dan jangan lupa juga Allah akan menjemput kita juga suatu hari nanti.. 
pemergiannmu sangat akak rasai dik..
  pemergiannmu satu kehilangan bagi akak..
     moga rohmu akan diberkati dan tenang
    di alam sana…
          dariMU kita datang dan kepadaNYA
          kita kembali…
        
aku sangat merinduinya,apa yang mampu ku buat hanya sekuntum fatihah dan setangkai doa ku kirimkan buat ADIKKU ALLAHYARHAMAH SITI AISYAH BAKRI dan lagu ini mengenangkan ku pada mu…

memori bersamamu...

apa yg ana tahu, arwah xbrpa reti bab2 tknologi ni..dlu ana yg tlg arwah cr surf tenet,buat emel &friendster nya.. syukran kpd yg mwujudkan blog arwah ini.. tentu dia rs terharu dgn keprihatinan shbt2nya...

semalam ana xdpt tdo lena..asyik terbayang stiap detik memori kami bersama. pergi mn2 pun teringatkan dia... sedangkan ana & shbt2 yg lain terasa sgt khilangannya,bagaimana pula dgn ayh & bonda nya tika ini?? sungguh...dugaan ini pastinya sgt berat buat mrk.. pmergian anak pmpn mereka buat kali yg ke2... wajahnya yg sgt mirip dgn adiknya tijah pasti akn sllu mmbuat mrk teringat dgn arwah.

teringat saat2 indah kami belajar bersama di atas pokok mangga dpn rumahnya...tdo d rumahnya,mkn minum bersamanya... tawa tangis bersamanya.. & yg paling ana xdpt lupakan bl mn km berselisih fhm n xbtegur sesama sndiri tp bl da tb hari ke3 x b'tgur,masing2 gelisah xtahu mcmna nk mmohon maaf... mahu xmahu kn b'tegur jg, & akhirnya kami berkirim2 surat & tergelak dgn tindakan sndiri...

2syawal yg lps ana sempat menerima mesej ucapan slmt hari raya drp nya.. xtahu pula itu adlh mesej terakhir darinya...

ana mmg dpt merasakan arwah akn pergi dhulu sblm ana.xtahu bgaimana naluri itu blh ada jauh d sudut hati..tp ana buang jauh2 perasaan itu..tp sememangnya itu la hakikatnya.. Allah lebih sayangkanmu sahabatku...

-ros alik 4.35pm-

Monday, October 6, 2008

kenangan terakhir yang memberi iktibar

Bismillahirrahmanirrahim...

Ana agak terkejut setelah berita kemalangan sahabat ana terima petang pada syawal ke 5 yang kini sedang berada di HQE. Dengan segera ana bersama sahabat yang sedang beraya di rumah dan ibu saya berkejar ke HQE. Pada mulanya kami tidak menjumpai Aisyah dan mencari semua pesakit perempuan di Wad Perempuan tersebut namun ayahnya menjumpai kami dan menunjukkan Aisyah yang kini sedang berehat dengan tenang di katil paling depan. Ana dan Ros agak terkejut melihat keadaan diri Aisyah yang agak berbeza dari wajahnya yang sebenar akibat pembengkakkan kepala semasa kemalangan, hati ini terasa sayu dan sedih melihat penderitaannya. Kemudian, ayahnya menceritakan keadaan Aisyah mengenai keputusan scan sebelum itu menunjukkan tiada sebarang kecedaraan dalaman. Ana terus bertegur sapa dengan Aisyah namun dia tidak mampu berkata dengan jelas kerana sakit pada tekaknya, jadi ana suruh dia diam dan rehat sahaja terlebih dahulu.
Beberapa minit selepas itu tiba sahabat-sahabat perjuangan menziarahi Aisyah dan suasana pilu dan sedih pun berlangsung. Aisyah yang tadi kelihatan tenang mula menunjukkan respon kesedihan dan kegembiraan menemui sahabat-sahabatnya yang tersayang. Kami agak pelik apabila Aisyah meminta handsetnya dan mikrofon dari kami secara tiba-tiba dan kami memberitahunya tiada...Ana berasa pelik dan tidak memahami mengapa dia meminta 2 objek tersebut. Ana diamkan saja.
Tidak berapa lama kemudian, 2 orang akak seperjuangan tiba HQE. Setelah mendapat sedikit penjelasan dari bapa Aisyah, salah seorang akak tersebut menemui ana dan bertanyakan penutup kepala untuk Aisyah agar auratnya sedikit terjaga walaupun dia tidak sihat. Kami segera balik ke rumah seketika untuk solat maghrib dan mengambil tudung untuk menutup sedikit kapala Aisyah, namun setibanya kami menemui Aisyah kembali dan meminta kebenaran ayanya untuk memakaikan sedikit penutup kepala nipis, ayahnya tidak mengizinkan kerana khuatir melihat Aisyah yang kelihatan agak kepanasan dan berpeluh-peluh. Kemudian, ana lihat Aisyah sedang menjalani rawatan doktor untuk mengeluarkan kahak, keadaannya agak mencemaskan dan kami hanya mampu berdoa agar Aisyah dapat sembuh dengan cepat.
Seorang jururawat menyuruh kami agar keluar dari wad agar tidak terlalu sesak, namun hati amat berat hendak keluar seolah-olah tidak puas hati dengan apa yang dilihat. Ibunya yang kelihatan amat sedih meminta agar kami mendoakan semoga Aisyah cepat sembuh dan kami hanya mampu menyatakan insya Allah lalu ana balik ke rumah manakala ibu menghantar beberapa sahabat ke UMS.
Setelah menerima mesej pemergian Allahyarhamah Aisyah pagi Subuh, ana bagaikan tidak percaya kerana baru semalam berjumpa dengannya namun menyedari siapa diri ini hendak menentukan keselamatan Aisyah, terpaksa redha dengan pemergiannya, ALLAH LEBIH MENYAYANGIMU, sahabatku.Terasa sebak di dada sehingga menitiskan air mata namun digagahi jua. Setelah solat Subuh dan membaca Surah Yasin, ana segera ke HQE. Kelihatan ramai sahabat-sahabat dan akak-akak seperjuangan berada di luar wad dengan wajah yang sayu dan ada yang sedang menangis. Ana temui salah seorang akak dan bertanyakan keadaan Allahyarhamah, Allahyarhamah meninggal sebelum subuh dalam keadaan sempat melafazkan 2 kalimah syahadah, alhamdulillah dalam hati kerana dalam saat-saat genting seperti itu, Aisyah mampu mengingati Allah dalam lafaznya namun tidak dapat dinafikan kesedihan tetap menyelubungi diri ini. Semoga Allah menggolongkan Allahyarhamah dikalangan hamba-hambaNya yang solehah, mukminah dan muttaqinah..amin. Ana berharap ana dan sahabat-sahabat sekalian juga mampu untuk mengucap dan masih dalam keadaan beriman di saat-saat sakaratul maut menjemput kita yang tidak tau bila dan di mana, amin.
Tidak berapa lama selepas itu, kami ke Jabatan Forensik untuk menunggu mayat Aisyah yang hendak dibuat postmoterm dan persiapan untuk memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah dibuat di ruangan yang telah disediakan di tempat tersebut. Kesedihan dan rasa kehilangan menyelubungi kami semua dan terdapat juga sahabat-sahabat dari UMS yang baru tiba...Setelah selesai lebih kurang 12.15 pm, Allahyarhamah dihantar ke Lapangan Terbang untuk penerbangan ke Tawau pada pukul 1 petang. Kami pun bersurai dalam cuaca hujan yang turun sejak jenazah selesai disembahyangkan. Kira-kira jam 5 ana mendapat penggilan dari pengetua memberitahu kapal terbang yang membawa jenazah masih belum berlepas akibat hujan dan telah ditangguh sebanyak 3 kali dan kini menunggu masa penerbangan seterusnya kira-kira pukul 530 petang. Semoga Allah permudahkan pengurusan jenazah sehingga ke liang-lahad, amin. Selepas itu, tiada lagi berita mengenai jenazah walaupun berusaha menghubungi handset ayahnya namun tidak berjaya..Semoga Allah mengampuni, merahmati dan meredhai Allahyarhamah dan kita yang akan menemuiNya jua akhirnya . Inilah ujian baginya dan untuk iktibar kita bersama terutama diri ini...
Allahyarhamah Aisyah yang ana kenal sejak KML dulu(2005) memang seorang sahabat yang lemah-lembut, sopan santun dan sangat berbudi bahasa serta rendah diri, amat menyayangi sahabat sekitarnya dan sentiasa sabar untuk meneruskan perjalanan hidup. Beliau memang seorang yang istimewa pada ana kerana akhlaknya yang mulia menjadikan dirinya dicintai oleh setiap orang yang mengenalinya. Ibunya pernah memberitahu ana ketika sempat menziarahinya hari itu, Allahyarhamah Aisyah merupakan anaknya yang sangat baik dan taat kepadanya. Ibunya sangat menyayangi Allahyarhamah Aisyah namun ALLAH LEBIH MENYAYANGINYA, ibunya redha dengan pemergian anak tersayang.
Teringat ana Ramadhan terakhir bersama Allahyarhamah selama hampir sebulan di Surau B1, Allahyarhamah amat bersungguh-sungguh beribadat malahan telahpun berani mencungkil bakatnya memberikan tazkirah selang Solat Sunat Terawih 4 Rakaat. Antara tajuk yang beliau sampaikan ialah Cinta kepada ALLAH. Tidak disangka ALLAH mencintai Allahyarhamah dengan menjemputnya terlebih dahulu menemuiNya. Inilah bukti bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati dan kematian tidak dapat dielakkan walaupun telah mendapat rawatan dan berada dalam keadaan yang stabil kerana ajal maut tetap ketentuan ALLAH.
Apa yang pasti, yang pergi tidak akan kembali dan yang hidup perlu meneruskan kehidupan. Ana teringat sedikit kata-kata 'pentazkirah' di Surau Nur E-man semalam semasa Majlis Tahlil untuk arwah dibuat, katanya yang dah pergi akan berurusan dengan ALLAH dengan amalannya di dunia tapi kita yang masih hidup ini perlu membuat persediaan menghadapinya sebab kita tak tahu ajal kita bila..Wallahu'alam. Coretan ini sekadar perkongsian dan peringatan bersama terutama diri ana sendiri yang seringkali membuat dosa sama ada sedar mahupun tidak sedar. Ya ALLAH ampunkan dosa-dosa kami, Allahyarhamah Aisyah, keluarganya, ibubapa kami, ahli keluarga kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru kami, pejuang-pejuang Islam dan seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, ameen rabbil 'alamin...

Sebarang kesilapan harap dimaklumkan agar dapat dibuat pembetulan, syukran. Wallahu'alam.

Daripada: Azie