Monday, October 6, 2008

Perginya Seorang Mujahidah..

Ketika itu kami sedang beraya di Papar. Jam menunjukkan pukul 4.00pm. Rumah itu rumah pertama yang kami singgahi. Rumah keluarga angkat Mustaqim dari Kampung Himbaan, Bundu Tuhan. Tiba-tiba Hafiz bertanya samada aku mendapat mesej tentang Aisyah. Mesej berbunyi "Siti Aisyah Bakri sedang berada di dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Papar. Minta doakan beliau. Sebar." kami terus mengatur rancangan untuk menziarahi beliau. Tetapi tidak lama kemudian mesej beru masuk. Rupanya Aisyah telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Rancangan raya dibatalkan. Ahli rombongan seramai 10 orang bersetuju untuk bergegas ke Hospital QE untuk menziarahi Aisyah.

Ramai muslimat yang telah terlebih dahulu berkumpul di HQE. Kami yang agak ramai tidak menjenguk Aisyah dan hanya menunggu berita daripada jauh walaupun Kak Jannah berkali-kali memberitahu bahawa dibolehkan untuk kami menjenguk pesakit dengan izinnya. Bukan apa, kami bimbang kalau-kalau kami menimbulkan ketidakselesaan kepada Aisyah. Agak lama di situ, loceng menandakan masa melawat telah tamat berbunyi. Seorang pakcik berkopiah dan berjanggut panjang menghampiri kami. Rupanya beliau adalah abang sepupu kepada Aisyah. Namanya Haji Hasan dan umurnya dalam lingkungan 30an atau 40an. Beliau menceritakan apa yang berlaku. Berikut merupakan kronologi kemalangan yang menimpa Aisyah sebagaimana diceritakan Haji Hasan, dan seterusnya apa yang dilalui sendiri oleh penulis sehingga ke saat beliau diuruskan.

4 Oktober 2008

11.00 pagi
Konvoi seramai 6 buah kereta bertolak dari Tawau untuk pulang ke Kota Kinabalu setelah beraya di sana selama beberapa hari. Kenari yang dinaiki Aisyah merupakan kereta yang ketiga. Konvoi memilih untuk melalui jalan Keningau kerana mendapat maklumat yang jalan tersebut lebih cepat. Kereta yang dinaiki Aisyah dipandu oleh kakak saudara beliau, dengan beliau duduk di hadapan dan dua lagi ahli keluarga duduk di belakang. Kakak saudara Aisyah merupakan kakitangan JPP di UMS.

8.00 malam
Kereta yang dinaiki Aisyah terbabas di jalan Papar-Kinarut di selekoh tajam dan . Walaubagaimanapun, kereta tersebut terlanggar sebatang pokok dan tidak terjatuh ke dalam gaung. Kakak saudara Aisyah tidak sedarkan diri sementara 3 orang lagi masih dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

8.07 malam
Salah seorang ahli keluarga Aisyah yang duduk di belakang kebetulan sedang memegang telefon bimbit dan dalam keadaan cedera sempat menelefon ayahnya di Tawau memaklumkan tentang kemalangan tersebut sebelum talian terputus. Cubaan untuk menghubungi beliau semula tidak berjaya. Tidak jauh daripada tempat kejadian, 'brake disc' salah sebuah kereta yang lain di dalam konvoi tersebut terbakar dan konvoi berhenti di tepi jalan untuk membaiki kenderaan tersebut. Ketika ini ketiadaan kereta yang dinaiki Aisyah disedari. Haji Hasan cuba berpatah balik untuk mencari kereta mangsa tetapi kenderaan beliau pula tidak dapat dihidupkan.

11.00 malam
Bantuan polis dikerah untuk mencari kereta yang dinaiki Aisyah. Polis dua kali berulang-alik mencari di jalan yang baru dilalui konvoi tersebut tetapi tidak ada sebarang kesan atau bukti apa-apa telah berlaku ditemui. Ahli keluarga yang lain mengambil inisiatif memohon bantuan daripada orang alim di kampung tempat mereka berhenti dan akhirnya kereta tersebut ditemui. Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Papar. Dua mangsa yang duduk di belakang cedera dengan agak parah, sementara Aisyah mengalami pembengkakan di muka. Kakak saudara beliau meninggal dunia.

5 Oktober 2008

3.00 pagi
Aisyah dikejarkan ke Hospital QE untuk menjalani scan. Keputusan scan mendapati beliau tidak mengalami apa-apa kecedaraan dalaman.

3.00 petang
Sahabat-sahabat yang baru mendapat berita tentang keadaan Aisyah mula berkumpul di Hospital QE. Ada yang telah sampai lebih awal lagi. Aisyah dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Berpuluh-puluh orang datang menziarahi Aisyah sehinggalah melewati waktu melawat.

6 Oktober 2008

4.46 pagi
Saya dikejutkan oleh Azizul. Beliau memaklumkan yang Aisyah baru sahaja meninggal dunia. Kami segera menunaikan solat dan bergegas ke hospital. Di hospital, jenazah telah dibungkus dengan kain putih tetapi belum diurus. Haji Hasan memaklumkan yang Aisyah mula sesak nafas sekitar jam 3.00 pagi dan mereka yang hanya dibenarkan untuk menunggu di luar dipanggil masuk oleh Atiqah yang menjaga Aisyah. Doktor telah cuba memulihkan pernafasan Aisyah tetapi tidak berhasil. 5 minit sebelum azan Subuh berkumandang, Aisyah menghembusakn nafasnya yang terakhir.

9.00 pagi
Aisyah menjalani post-mortem dan keputusannya mendapati yang beliau meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas akibat pembengkakan yang berlaku pada saluran pernafasan beliau.

11.30 pagi
Aisyah diurus dan disolatkan oleh puluhan ahli keluarga dan sahabat-sahabat di tempat menyembahyangkan mayat Hospital QE. Beliau kemudian dikejarkan ke Terminal 1 untuk menaiki penerbangan jam 1.15 tengahari untuk dihantar pulang ke Tawau untuk dikebumikan.

Innalillah wa Inna Ilaihi Rajiiun.Al-Fatihah....

( Pohon dimaklumkan tentang sebarang kesilapan fakta pada posting ini untuk diperbetulkan segera. Terima kasih. )

ditulis oleh : Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman
sumber : nurilhakim.blogspot.com

1 comments:

ros alik said...

salam...sedikit pembetulan... sbnrnya,bukan konvoi 6buah kereta tp cuma 2buah kreta yaitu kereta yg d naiki arwah dan kreta yg d naiki abg arwah.. pd asalnya,arwah mnaiki kereta abgnya bersama dgn spupu2 laki nya yg lain.d sebabkan kasihan mlihat arwah bersempitan dlm kreta brsma spu2 laki nya,abg arwah mgarahkan arwah berpindah ke kreta kakak sepupunya.. wallahu a'lam..