Tuesday, October 7, 2008

Terasa akan kehilanganmu

Salam Sesuci Perjuangan
Sudah dua hari ana menjadi pengunjung setia blog istimewa yang di dedikasikan buat seorang mujahidah yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya.Terus terang memang ana tidak mengenali siapa sebenarnya Allahyarhamah tapi melalui setiap coretan yang di titipkan oleh teman-teman arwah menyebabkan ana terjentik hati untuk mencoretkan sesuatu.Bukan mengambil kira kami datang dari daerah yang sama tapi lebih kerana perjuangan kami yang sama iaitu memperjuangkan Islam.

Pada mulanya(Kelmarin), ana tidak tahu kenapa tangan begitu ringan saja membawa mouse komputer ke arah nama arwah yang menjurus kepada blog buat arwah yang ana terlihat di ruang borak pada satu blog sahabat.Ana cuba hayati mencari makna kewujudan blog istimewa buat arwah ini dan tanpa ana sedari pembacaan ana pada setiap coretan teman-teman arwah membuatkan air mata ini laju menuruni pipi. Dan akhirnya ana faham mengapa Allah menakdirkan ana untuk menjadi pengunjung blog ini kerana ada sesuatu yang Allah nak beritahu kepada ana.Ya benar, Allah maha mengetahui.Terasa diri termuhasabah dengan sendirinya natijah daripada coretan yang ana baca pada blog ini.Benarlah hidup itu InsyaAllah mati itu Pasti. Jika tidak mana mungkin arwah yang telah di khabarkan stabil pergi menyahut seruan ilahi. Ternyata Allah lebih menyayangi beliau.

Buat sahabat- sahabat arwah, bersabar atas apa yang telah Allah takdirkan.Terimalah dengan redha kerana itu adalah ketentuanNYA yang mana siapa sahaja yang hidup pasti akan merasai mati begitu juga kita.Hanya masa dan cara untuk kita tidak di ketahui.Buat keluarga Allahyarhamah ana doakan ketabahan semua menerima pemergian insan tersayang.Apa yang pasti pakcik dan makcik kehilangan anak, adik-adik arwah kehilangan kakak, sahabat-sahabat arwah kehilangan sahabat yang di kasihi dan Islam kehilangan seorang pejuang.Maka kita yang masih di beri kesempatan bernyawa ini teruskanlah perjuangan moga Islam terus terjulang selamanya.Semoga saat sakaratulmaut menjemput kita nanti kita di beri peluang melafaz dua kalimah syahadah.

Buat kesekian kalinya sebelum noktah akhir ana labuhkan ingin ana menyusun jari memohon ampun dan maaf andai kehadiran coretan ana ini akan mengguris hati sesiapa saja yang membaca terutamanya sahabat-sahabat & keluarga arwah.Ana tidak mempunyai maksud lain selain mahu meyatakan rasa kesedihan atas gugurnya seorang lagi mujahidah Islam.Moga coretan ini di terima dengan baik oleh semua.Salam perjuangan menuju mardhatillah....

Mujahidah,
Engkau gugur di medan ini
Engkau pergi menyahut panggilanNYA
Engkau tinggalkan kami disini
Bagi memenuhi janji dengan Pencipta
Mujahidah,
Kini kita berbeza alam
Berbeza perjuangan
Namun pada hari yang telah di tentukan
Ana dan yang lain akan menyusulmu
Semua akan merasai tempat yang engkau tuju kala ini
Namun masa buat kami belum tiba
Mujahidah,
Kita akan dipertemukan kembali
Pada satu hari
Di mana semuanya akan terkumpul
Moga saat dan ketika itu
Kita akan terpilih menjadi bidadari Syurga
Amin.....

Coretan Ikhlas: Siti Nursalma (Labuan)
email: ctnursalma@yahoo.com.my

0 comments: