Tuesday, October 7, 2008

DIA TELAH PERGI..KITA BAKAL MENYUSUL

salam lebaran syawal di hari ke-7
 
seawal pagi telefon dgn nada dering khusus untuk msg berbunyi..menandakan ada msg yang masuk. Namun dibiarkan seketika...sekejap berlari ke tingkat atas dan sebentar turun semula ke bawah..begitulah kalutnya ana setiap pagi...menyiapkan irfan ke sekolah ditambah dengan gelagat adiknya yang juga semakin banyak ragam. Nada dering msg masih berbunyi..selagi tidak dibaca, selagi itulah ia berbunyi sebagai tanda peringatan.. .msg yang masuk perlu dibaca.
 
ana amati nama dari berita yang dikhabarkan. ..siapa aiti aisyah bakri? Al maklumlah sifat pelupa ni semakin kuat apalagi dalam mengingati nama yang jarang-jarang kali berurusan bersama. Namun ana menjangka dan kepastian yang tak pasti....nama tersebut mungkin kelahiran dari pj-pj selepas ketiadaan ana di bumi ums. innalillah.. ....
 
sesampai di tempat keje...ana cuba penuhi masa yang awal ini dengan membaca rentetan khabaran dari sahabat-sahabat walaupun kerja masih banyak yang perlu dilunaskan. Apalagi yang boleh dikatakan..semuanya telah tertulis dan kematian itu milik Allah. Sedangkan ana yang jauh dan tidak mengenali empunya diri turut merasakan kehilangannya. .pastinya sahabt-sahabt yang bergerak bersama beliau disana merasakan lebih dari itu. Sabarlah.... pemergian beliau di saat sahabat-sahabat berada bersama beliau sebenarnya memberi pengajaran kepada yang masih hidup. Ada masanya Allah menutup sebahagian kepakaran manusia bagi membuktikan bahawa kebesaran Allah itu ada dimana-mana walaupun disaat kematian. Itulah yang ana dapat tafsirkan selepas membaca kronologi dari sahabat-sahabat. Selepas keputusan scan bahawa tiada kecederaan dalaman namun keputusan post mortem iaitu pembengkakkan di saluran pernafasan memberi asbab kematian beliau.
 
Kepada semua sahabat seperjuangan di sana..teguhkan hati untuk terus berdiri di dalam barisan perjuangan. Lipat gandakan usaha untuk menabur budi di dalam medan da'wah. Sabar walau sesukar mana dan sehebat mana dilanda ujian. Berganding bahulah dan bina muafakat. Jadikan kematian dan rumah kuburan itu sebagai peringatan yang sentiasa berlegar dalam fikiran. Serta jadikan lapangan akhirat itu sebagai tujuan untuk meraih syurga idaman.
 
Salam takziah dari k.arin sekeluarga

1 comments:

Muslimin Agung said...

Salam Syawal...

Hiba rasanya hati ini saat menerima perkhabaran yg sukar utk dipercayai. Namun apakan daya, ALlah lebih menyayanginya. Sebelum beliau pergi, ana sempat bergerak kerja dua kali bersama arwah iaitu dalam program Ihya' Kemerdekaan dan Gema Ramadhan. Kecekalan dan ketabahan arwah mengajar ana erti gerak kerja amal Islami yang hakiki. Semoga ALlah merahmatinya.