Wednesday, October 8, 2008

biarkan dia pergi...

hmm.. memang pedih untuk menerima sebuah pemergian orang yang kita sayangi.. apatah lagi inilah kali pertama kita menghadapi pemergian seseorang..
:'(

itulah sms yg aku sering terima dr ros, shbt baik arwah aisyah, walaupun hanya sebuah smiley yang bukan smile, tapi cukup menggambarkan wajah hatinya kala itu..
bagi aku x salah menangisi sebuah kematian, tapi, janganlah sampai tangisan kita itu boleh menyebabkan dia terseksa disana.
pada awalnya, aku pun x dapat nak terima kenyataan ini, seharian aku menangis, ros sendiri, sampai pening kepala dia menangis, tapi, aku bertekad x akan menangis lagi selepas membaca satu artikel dari blog seorang sahabat, yang bertajuk "dont be sad", artikel 2 ditujukan buat seorang sahabat yang baru sahaja kehilangan ayah.
mungkin orang akan kata, "ala, cakap senanglah, kita yang menghadapinya bukannya mudah". "ya, aku setuju, memang mengeluarkan kata-kata amat mudah, sehinggkan semua orang mampu melakukanya, kecuali, bisu. tapi, sejauh mana kita nak mengambil iktibar dari apa yang diperkatakan itulah yang payah. bukan mudah kita untuk menghadam pendapat orang lain yang diperkatakan melalui point of view mereka. tapi, selagi kata-kata itu mampu mengembalikan kita pada satu bentuk pemikiran yang rasional, kenapa tidak kita menerimanya sahaja. maaf Ros, aku kurang setuju dengan penubuhan blog sitiaisyahbakri08, bukan aku tidak mahu mengenangnya, bukan aku tidak sayang padanya, tapi, cukuplah aku mengenangnya di hati, telah aku pahat namanya sekukuh mungkin dijiwa. biar tidak lupa.
ingatlah, kita dengan arwah aisyah tidak banyak bezanya, kita juga akan pergi suatu hari nanti, cuma, Allah mempercepatkan pemergiaannya, dan kita mungkin, selepas ini..siapa tahu..
berdoalah banyak-banyak untuk dia, dan untuk diri kita, agar ada pertemuan lagi di sana kelak..
buat sahabat2 di UMS, sabarlah, tabahkan hati, aisyah dah pergi, esok lusa mungkin kita pula.. kalian lebih beruntung, lebih sering bersama dia, aku? kali terakhir bersamanya seingat aku bulan 12 tahun lepas.. semasa dia ada kita x terasa, bila dah tiada baru tercari-cari... lumrah manusia..

dariku untukmu orang BESAR, untuk CINTA BESAR

sumber: http://sirfijannah.blogspot.com/

2 comments:

julkifflye said...

salam....bukan nak mengkriti tetapi saya sekadar nak memberi pendapat....saya bersetuju dengan pendapat saudari buat apa tubuhkan blog ini cukuplah sekadar kita pahat nama ALLAHyarhama didalam hati...tetapi saudari harus ingat berama ramai manusia kat ums ini yang tahu akan pemergiaan seorang mujahidah yang telah berjuang menegakkan islam kat ums ini...cukuplah dengan adanya blog ini orang boleh kenalinya dan jadikannya sebagai pengajaran dan pembakar semangat untuk meneruskan sisa2 perjuangan ALLAHyarhama....jika cara kita betul lakukannyalah jika ia baik untuk semua orang tetapi jangan kita berfikiran negatif dengan kewujudan blog ini...terimalah dengan rela hati.....

julkifflye said...

salam....bukan mengkritik sekadar nak beri pendapat...aku benar-benar setuju dengan pendapat saudari,buat apa adakan blog ini cukuplah sekadar pahatkan namanya didalam hati..tetapi saudari harus ingat berapa ramaikah manusia kat ums ini tahu akan pemergian seorang mujahidah yang telah berkoban untuk berjuang dikampus ums ini....setiap orang ada caranya,tak perlulah kita nak mengkritik benda yang ada kebaikannya untuk semua orang,mungkin blog ini memberi seribu satu pengajaran buat insan yang masih bernyawa untuk meneruskan sisa2 perjuangan ALLAHyarhama....jika kita rasa cara kita betul lakukanlah,setiap orang punya fikiran dan pendapat tersendiri tetapi ingatlah orang lain juga punya hak yang sama seperti kita..wasalam...