Monday, October 6, 2008

SALAM DARI SEN-TELUK

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adik2 semua..kak sentiasa mengikuti perkembangan adik2 semua..selagi hayat dikandung badan..kak takkan lupa adik2.. semua..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Siti Aisyah Bakri (XXXX) yang kemalangan dan dikhabarkan sudah stabil semalam baru meninggal dunia pagi tadi..Sebar..Al fatihah.."


Air mataku bergenang. Fikiranku ligat berpusing. Mencari wajah yang bernama Siti Aisyah.. Samar.. Aku masih tidak pasti.. Adik yang mana satu telah mendahuluiku ini.. Ini mesej kedua yang aku terima.. Mesej sebelumnya, hanya menyatakan adik xxxx.. Aku betul2 penasaran, siapa dia. Kugagahkan juga untuk mendail pemberi mesej pertama. Suara yang penuh hiba menjawab "Siti Aisyah kak..".. Hingga di saat ini aku masih tercari2 wajah mungil itu.. Ya, aku tidak mengenali hampir keseluruhan adikku generasi xx.. Maafkan kakak dik.. Namun, perasaanku tidak jauh seperti mana aku menerima berita kematian adikku.. Cuma mungkin tidak sedahsyat dulu.. Kerana yang pasti pemergian insan yang kusayang dulu punya ikatan sedarah n sedaging denganku. Yang sudah kulihat derita n penyeksaannya..

Dalam kesibukan mengisi kemenangan Syawal, memang banyak berita2 yang agak tragis.. Dan ini antara berita yang kukira terlalu hampir dengan ku.. Maklumat terkini :
Solat jenazah akan dibuat di kamar mayat QE sekitar 11.30 am untuk memudahkan pengurusan. Dan akan dikebumikan di Tawau, flight 1.15pm.. Bagaimana perasaan sang ibu di saat ini??.. Anak yang baru pulang beraya bersama, kembali ke kampus untuk mengambil peperiksaan dan... Inilah yag dikatakan ajal.. Aku,, dan tak terkecuali yang membaca.. pasti tidak akan terfikir bila kah akan berpenghujung nyawa kita??.. Peringatan besar buat kita semua yang masih hidup.. Yang pergi tetap pergi. Dan telah merasai saat-saat sakaratul maut. Kita??.. Masihkah kita berada dalam keadaan begini saat malaikat maut datang menjemput.. Atau, lebih buruk dari itu.. Naudzubillah.. Kematian pertama yang betul2 terkesan dalam jiwaku, sudah pasti pemergian adik kandungku.. Dan di situlah baru aku betul2 meyakini kematian dan putusnya hubungan antara jasad.. Terbujur kaku.. Tanpa ada suara,,hati,, walhal dia masih ada di hadapan mata kita ketika itu.. Allahu akbar.. Semoga arwah tenang di sana..

Serulah diri kita.. Yang sering terlupa n terlalai hakikat insan.. Yang sangat lemah.. Ke mana kita pergi selepas ini?.. Pastinya kembali kepada Allah.. Tiada tempat kembali selain kepadaNya.. Dan serulah keluarga kita juga kembali kepadaNya..
Tega kah kita membiarkan perpisahan berlaku di alam yang pasti sana?.. Tidak!!!!!!!!!.. Aku tidak izinkan.. Ya Allah, lembutkan hati keluargaku untuk menerima agamaMu dan ajaranMu sepenuhnya.. Kasihanilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil.. Ya Allah, peliharalah adik beradikku.. Kaulah yang memegang hati-hati kami, maka lunakkan hati kamu agar menyembahMu, taat kepadaMu dan menjauhi segala laranganMu.. Ya, Allah.. Kami tidak layak untuk memasuki syurgaMu ya Allah.. Tapi ya Allah, kami tidak sanggup untuk masuk ke dalam nerakaMu.. Jauhkanlah ya Allah kami dari seksaan api nerakaMu.. dan jauhkanlah kami dari fitnah dunia dan akhirat.. Ameeen...

Kepada siapa lagi harus kami mengharap selain kepadaMu ya Allah..
Kami memohon dengan sangat.........

(notes: tidak kusangka coretan syahdu ini coretan pertama ku di Syawal yang mulia ini)..

(disunting dari setanggisyurga05.blogspot.com)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kak baru balik dari umah arwah.. bertemankan kak jum n kak nisa.. karmila, nani n widi' pun ada sekali.. suasana sepi menyelubungi keseluruhan rumah.. rumah arwah xsusah nak cari, walaupun kak xberapa biasa dengan jalan tu..

setibanya di sana, perasaan kak bercampur baur.. macam xmau masuk pun ada.. orang ramai dah mula memenuhi segenap ruang umah.. kak parking jauh skit supaya senang nak kuar nanti.. setibanya d pintu umah, bacaan alQuran jelas kedengaran.. kami terus mencari ruang yang masih boleh menempatkan kami..

hampir setengah jam menanti, datanglah 2 orang adik beradik..meluru kepada kami.. wajah itu kak cam sekali.. ya, wajah itulah yang samar di fikiran kakak hampir setengah hari ini.. ya, kak xsilap lagi.. kak berbisik sesuatu dengan kak nisa.. "Ya kak, itulah adiknya".. jawab kak nisa'.. Akhirnya kesunyian kami dipecahkan oleh suara adik arwah.. "Kak fasi masa BPC kan?".. Ya, disitulah kak kenali wajah2 itu.. Mirip wajah mereka hampir menjerat diri kakak sendiri.. Kan arwah dah meninggal, tapi kenapa??.. Allahu akbar.. Kak tersilap + tertipu rupanya.. Oh..rupanya mereka adik beradik.. Siti Khadijah (mirip wajah arwah) rupanya ahli kumpulan kakak masa Bengkel Pengurusan Cinta.. "Kak, flight delay.. kul 2.40 baru gerak dari kk". O..maksudnya lambat lagi la ni.. Jangkaan kami sekali lagi meleset apabila sorang kakak di sebelah kami yang mengaku kakak sepupu arwah mengkhabarkan flight delay lagi akibat cuaca di kk yang tidak mengizinkan..

orang ramai beransur pulang.. kak pun berhajat untuk pulang sahaja dulu memandangkan solat asar pun belum ditunaikan.. sedikit santapan -gambar- dan peringatan buat sahabat, rakan, teman dan adik2 semua.. berhati2 di jalan raya.. hargailah orang2 yang tersayang.. ya, ajal maut di tangan Allah..tapi kita juga punya kewajipan untuk tidak menzalimi diri sendiri dengan habit buruk kita di jalan raya
:: gambar ni merupakan kenari yang dinaiki arwah ::
(sumber: Utusan Borneo - Isnin, 6 Okt 2008)

Semoga urusan pengkebumian segera diselesaikan dan dimudahkan Allah.. Jam sekarang menunjukkan 7pm.. Entah sudah berlepas jenazah dari KK atau belum.. Maklumat terkini: kalu xda halangan jenazah akan dikebumikan malam ini juga.. Wallahualam.. Semoga keluarga Allahyarhamah redha atas ketentuan Illahi ini.. Hati sang ibu mana yang tak rapuh melihat anaknya yang manis bergaya di hari lebaran pergi mendahuluinya??.. destinasi yang bertukar haluan tanpa dipinta izin si ibu.. sayang ibu..

karangan: kak fate' - 7.02 pm

0 comments: