Monday, October 6, 2008

Memori Seorang Mujahidah

5 Syawal 1429 Hijrah (5/10/08)

5.45 petang ana tiba di Hospital QE (Wad Pembedahan Ortopedik Perempuan, Blok B Tgkt 6) ana dapat makluman perkembangan Allahyarhamah Siti Aisyah Bakri daripada sahabat ana saudari Nurhidayah tentang keadaan Allahyarhamah dan Alhamdulillah berita yang ana terima pada ketika itu mengatakan yang keadaan Allahyarhamah dalam keadaan stabil.

Ana sebenarnya menanti kedatangan sahabat2 ana yang lain abang Nadir dan yang lain2 yang dikhabarkan kepada ana mereka di Papar menghadiri jemputan raya salah seorang sahabat konvoi dan dalam perjalanan ke HQE. Ana berjumpa dengan mereka di Surau Hospital QE selepas solat marghrib dan kami berkumpul di pintu utama wad Pembedahan Ortopedik Perempuan untuk mengikuti perkembangan Allahyarhamah.

6 Syawal 1429 Hijrah (6/10/08)

Jam 4.50 pagi ana dikejutkan dengan panggilan telefon dari sahabat ana Azizul “Afiq kita pergi QE sekarang, nape Jul? Aisyah meninggal jawab Azizul, Innalillahiwainnailaihirajiun” pada ketika itu ana rasakan jantung ana bagai disentap bagai terhenti hembusan nafas ini ana tak dapat bayangkan arwah yang dalam keadaan stabil semalam meninggal dunia pada pagi berkenaan.Al-Fatihah kepada Allahyarhamah.

Hospital QE jam 5.30 pagi ana tiba di wad Pembedahan Ortopedik Perempuan (tingkat 6 Blok B) bersama dengan sahabat ana saudara Fansuri dan terus berjumpa dengan Pak Cik Hasan (Haji Hasan) ana dapat makluman yang arwah telah meghembuskan nafas yang terakhir 5 minit sebelum azan Subuh. Dari situ ana perhatikan duduk di kerusi, wajah sugul ayah dan juga abang (Abang Norman) kepada Allahyarhamah

Sekujur tubuh yang telah dikapankan di atas katil…ana tak dapat bayangkan betapa sebaknya diri ana memandang keadaan arwah ana tahankan air mata daripada jatuh tapi sewaktu bacaan yasin di sebelah katil arwah ana tak dapat menahan sedih…Ya Allah..perginya seorang mujahidah yang telah bergerak kerja dengan ana dalam ISEUMS (Lajnah Ekonomi dan Keusahawanan,LEK) semoga Allah s.w.t. mecucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarhamah.

..........................................................................................................................................................................

Terus terang ana katakan ana jarang bercakap dengan arwah sepanjang aktiviti LEK tetapi atas dasar gerak kerja Islam yang membawa nama Islam ana tidak dapat menahan kesedihan yang hilang seorang mujahidah ini. Biarpun tidak rapat dengan Allahyarhamah kehilangan Allahyarhamah amat dirasai.

Adakah kita masih belum ada perasaan yang timbul dalam diri kita semua tentang apa yang telah berlaku? Adakah kita masih lagi ingin jauh dari gerak kerja Islam? Nauzubillah himinzalik….

Buat sahabat dan adik beradikku yang lain yang pergi tetap pergi, yang hidup teruskanlah hidup. Jadikan kehilangan Allahyarhamah sebagai satu pembakar semangat untuk terus istiqamah dalam gerak kerja Islam. Ana yakin inilah haluan yang ingin dirasai dan dikecapi oleh Allahyarhamah jadi, buat sahabat yang terdekat teruskan gerak kerja suci di bumi ini semoga kita beroleh keberkatan dan ganjaran daripada Allah s.w.t.

Pesanan: Istiqamahkan diri untuk Islam dan teruskan perjuangan Islam.

(sekiranya ada kesilapan minta diperbetulkan. Mohon maaf atas kekurangan tersebut)

Ditulis oleh: Muhammad Afiq B. Norddin (ydpCD)
Blog: kraiians118.blogspot.com

0 comments: