Tuesday, December 16, 2008

Sahabat Yang Baik


Sabda Rasulullah s.a.w:”barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan keatas dirinya, nescaya Allah mengurniakannya sahabat setia yang salih yang mengingatkan kamu ketika
lupa dan apabila temannya itu memperingatkannya ia akan menolongnya.”

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang telah mengurniakan kepada kita teman-teman …mudah-mudahan kita semua menjadi teman yang salih untuk teman-teman kita…Seperti sabda Rasulullah di atas, alhamdulillah saya dikurniakan teman yang baik…semasa pertama kali menjejakkan kaki ke bilik asrama selepas seminggu mendaftarkan diri di universiti membawa saya kepada sebuah pertemuan yang takkan saya lupakan…Di ketika itulah bermulanya persahabatan kami…Dia seorang sahabat yang baik,terlalu baik…Kadang-kadang saya terasa lucu dengan sikapnya…Dia sering meminta maaf walaupun di atas perkara kecil…

Pernah suatu hari dia memaksa saya menghabiskan makanan saya supaya tidak membazir…selesai sahaja saya menghabiskan makanan, dia mengucapkan permintaan maaf kepada saya sedangkan itu cuma perkara biasa dan memang sepatutnya…selepas itu saya pasti tertawa dengan telatahnya itu…Dia sering mengingatkan saya untuk membaca mathurat, solat dhuha, dan dia selalu mengajak saya untuk solat berjemaah…Dia sentiasa sedia menolong saya ketika saya memerlukan…Dia jugala yang memperkenalkan saya kepada sahabat-sahabat yang baik…Saya bersyukur kerana Allah masih mengurniakan kebaikan kepada saya dengan sahabat-sahabat yang baik walaupun dia tidak lagi bersama kami kini…mudah-mudahan dia bahagia di sana, amin…(Alfatihah)

Buat semua…carilah sahabat yang baik/salih kerana seperti kata Saidina Umar AlKhattab:”Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka, kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu susah”. Wallahua’lam…

1 comments:

sitiaisyahbakri said...
This comment has been removed by the author.