Friday, November 14, 2008

keteguhan hati

Salam mardhotillah...
Seorang mukmin yang teguh dengan iman yang mantap mempunyai ciri-ciri yang dapat dilihat pada zahirnya. Ia dapat dilihat dari sikap dan tingkah laku seseorang itu. Sesungguhnya, seseorang itu tidak boleh berpura-pura lebih dari tiga hari. Ciri-ciri mukmin yang dimaksudkan ialah:
1. Apabila diberi kesenangan dia bersyukur dan apabila ditimpa kesengsaraan dia bersabar.
2. Apabila disebut nama ALLAH, gementar hatinya.
3. Apabila dibacakan ayat ALLAH mengenai kehebatan dan kekuasaan ALLAH, bertambah imannya.
4. Menyerah diri kepada ALLAH dalam segala usaha yang dibuat.

Jadi, kalau seseorang itu bercita-cita untuk menjadi mukmin sebenar, wajarlah dia bermula dari sekarang untuk memiliki ciri-ciri di atas. Semuanya boleh dimiliki dengan tarbiyyah berterusan dan mujahadah.
Apabila ciri-ciri itu sudah ada di dalam diri segala perintah ALLAH sudah menjadi ringan padanya dan segala larangan ALLAH menjadi kebencian padanya. Apa yang dibuat semuanya terasa manis. Ketika ini mereka melakukan ibadah bukan hanya kerana takut kepada seksaan ALLAH di dalam neraka tetapi kerana rasa wajib mentaati ALLAH, seperti taat seorang hamba kepada tuannya. Jadi, kalau seseorang itu boleh beribadah atas dasar ini, tentulah dia akan melakukannya tanpa rasa tertekan.
Kemudian untuk mencapai khusyuk dalam ibadah, tumpukan perhatian kepada ALLAH dalam semua ibadah yang dibuat. Ketahuilah bahawa mereka yang dapat merasai bahawa mereka sedang berhadapan dengan ALLAH tentulah tidak mampu untuk terlalai walaupun sesaat.
"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada tubuh kamu dan sesungguhnya ALLAH tetap melihat kepada hati kamu dan segala amalan kamu yang berlandaskan keikhlasan hati."Sahih Bukhari.
Semoga muslimah solehah, mukminah dan muttaqinah ada pada dirimu, sahabatku dan tidak dilupakan semua mujahid dan mujahidah sekalian...insya ALLAH.

0 comments: