Thursday, December 25, 2008

Bicara Kita Tentang Kematian

Kita selalu mendengar berita tentang kematian,saban hari, saban waktu, setiap ketika. Kita juga mendengar setiap masa ada insan-insan yang menunggu saat kematian begitulah juga insan-insan yang tak menanti kematian tetapi telah diragut kehidupan dunia darinya tanpa persediaan. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada pencipta-Nya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi juga. Pelbagai bentuk dan cara kematian menjemput insan. Ada yang kemalangan, ada yang sakit berpanjangan, ada yang kena buatan orang, dan ada yang secara spontan. Ada yang mati di atas tilam empuk, ada yang mati dibunuh dan dihumban di jalanan atau longkang. Ada juga yang mati di medan perang. Bahkan ada juga yang mati tatkala gentar dengan ‘Sajak Kematian’.

Ada yang mati ketika melakukan maksiat. Ada yang mati di tempat maksiat. Tidak kurang juga yang mati semasa melakukan ibadat. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan seseorang ketika matinya seseorang insan. Namun begitu kita hendaklah berusaha dan merancang kematian yang perlu kita tempuhi atau kehendaki. Hakikatnya, kematian akan menjenguk kita. Kita akan mati dengan salah satu asbab, cara kematian. Kematian yang macam manakah yang kita pilih? Kita tiada pilihan melainkan memilih cara kematian kita. Kalau kita tidak pilih atau rancang pun, kematian tetap akan bersama kita akhirnya.
Oleh itu rancanglah dari sekarang kematian kita. Sabda Rasulullah saw bermaksud "Lazimilah oleh kamu dengan berbuat kebajikan, kerana ia dapat menghindarkan kamu dari mati dalam keadaan yang tidak baik". Itulah kematian yang kita cari, iaitu kematian yang boleh membawakepada kebahagian di alam selepas kematian. Berusahalah dan rancanglahsupaya kematian kita adalah dalam keadaan yang baik, cara yang baik.penuh dengan keimanan dan keredhaan Allah swt. Walaupun begitu sedarilah bahawa kematian yang paling mulia di sisi Allah adalah mati syahid. Semoga kita bertemu di Syurga yang abadi.
- Berkongsi ilmu Ilahi bersama Muslimin Agung -

Tuesday, December 16, 2008

Sahabat Yang Baik


Sabda Rasulullah s.a.w:”barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan keatas dirinya, nescaya Allah mengurniakannya sahabat setia yang salih yang mengingatkan kamu ketika
lupa dan apabila temannya itu memperingatkannya ia akan menolongnya.”

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang telah mengurniakan kepada kita teman-teman …mudah-mudahan kita semua menjadi teman yang salih untuk teman-teman kita…Seperti sabda Rasulullah di atas, alhamdulillah saya dikurniakan teman yang baik…semasa pertama kali menjejakkan kaki ke bilik asrama selepas seminggu mendaftarkan diri di universiti membawa saya kepada sebuah pertemuan yang takkan saya lupakan…Di ketika itulah bermulanya persahabatan kami…Dia seorang sahabat yang baik,terlalu baik…Kadang-kadang saya terasa lucu dengan sikapnya…Dia sering meminta maaf walaupun di atas perkara kecil…

Pernah suatu hari dia memaksa saya menghabiskan makanan saya supaya tidak membazir…selesai sahaja saya menghabiskan makanan, dia mengucapkan permintaan maaf kepada saya sedangkan itu cuma perkara biasa dan memang sepatutnya…selepas itu saya pasti tertawa dengan telatahnya itu…Dia sering mengingatkan saya untuk membaca mathurat, solat dhuha, dan dia selalu mengajak saya untuk solat berjemaah…Dia sentiasa sedia menolong saya ketika saya memerlukan…Dia jugala yang memperkenalkan saya kepada sahabat-sahabat yang baik…Saya bersyukur kerana Allah masih mengurniakan kebaikan kepada saya dengan sahabat-sahabat yang baik walaupun dia tidak lagi bersama kami kini…mudah-mudahan dia bahagia di sana, amin…(Alfatihah)

Buat semua…carilah sahabat yang baik/salih kerana seperti kata Saidina Umar AlKhattab:”Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka, kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu susah”. Wallahua’lam…