Beberapa panduan Imam Al- Ghazali
Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak
bersifat sombong dan angkuh
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah
kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana
kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada
kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia
lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama
beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia
lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang
telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih
mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam
kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan
mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih
mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf
dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam
hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan
diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka
segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
"KEREDHAAN ILAHI CITA-CITA DI HATI"
Hanya Dirinya
11 years ago
Kita selalu mendengar berita tentang kematian,saban hari, saban waktu, setiap ketika. Kita juga mendengar setiap masa ada insan-insan yang menunggu saat kematian begitulah juga insan-insan yang tak menanti kematian tetapi telah diragut kehidupan dunia darinya tanpa persediaan. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada pencipta-Nya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi juga. Pelbagai bentuk dan cara kematian menjemput insan. Ada yang kemalangan, ada yang sakit berpanjangan, ada yang kena buatan orang, dan ada yang secara spontan. Ada yang mati di atas tilam empuk, ada yang mati dibunuh dan dihumban di jalanan atau longkang. Ada juga yang mati di medan perang. Bahkan ada juga yang mati tatkala gentar dengan ‘Sajak Kematian’.